March 26, 2013

Charcoal Face Mask Daiso Japan!

March 26, 2013
Jaga-jaga. Aku nak buat review pasal face mask ni.

Pernah dengar pasal 'Charcoal Face Mask Daiso from Japan' tu takkkkk? Alah yang warna hitam yang orang selalu tepek-tepek dekat muka tuuuu. Alah yang selalu ada jual dekat Daiso RM5 JE tapi kalau beli online cecah sampai RM15 ke RM20 amboi mahalnya amboi. Hew hew hew.



Secara peribadi(wah gitu), aku suka pakai face mask ni. Compared to face mask yang lain, face mask ni memang bertindak seperti yang sepatutnya. Aku pernah try ada satu face mask ni. Tak payahlah reveal nama produk tu, engkorang bayangkan jelah. Dah lah melekit-lekit sebab milk kan. Lepas tu dengan melekit-lekit tu aku susah payah tepek dekat muka sampai meleleh-leleh the milk turun sehingga ke leher, dalam baju dan terus turun tanpa henti. Lepas tu sementara nak tunggu mask tu kering, kau kena baringlah kan sebab ia adalah terlalu cair. Jadi suka atau tidak, engkau memang kena baring tunggu diam-diam. Masa baring tu mencabarlah jugak sebab kau kena standby dengan kain untuk lap milk yang meleleh tanpa henti di pinggiran pipi dan sebagainya. Dan itulah kali terakhir aku guna face mask seteruk itu. *Flipstudung*

Charcoal Face Mask Daiso ni tersangatlah best uolls sebab ia kering dalam sekelip mata! Okay, takdelah sampai sekelip mata kan tipu gilalah macam tu. Beberapa kelip mata jugaklah baru ia kering. Tapi cepat gila kering hokayyy! Yang penting takde leleh-leleh macam produk yang aku tak revealkan namanya itu.

Charcoal Face Mask Daiso from Japan oh!


Kemain tau kau senyum. Sekejap lagi kau rasalah penyeksaan nak tanggalkan mask ni.


Disebabkan mask ni bagus gila, jadi aku taktau lah diorang letak gam gajah ke apa dekat mask ni sebab masak nak tanggalkan, confirm kau akan rasa menyesal tepek mask ni banyak-banyak ulalalaaa dekat seluruh muka. Kuat gila mask ni melekat dekat muka. Dan semestinya SAKIT GILA. Masa mula-mula aku pakai, aku seronok-seronok je tepek-tepek sampai ubun-ubunlah, sampai anak rambut tepi-tepi telingalah. Sekali bila nak tanggalkan, rasakaaaaaan. Sejak peristiwa hitam tu, aku pun tepek dekat kawasan hidung je. Seghonok! *Flipstudung lagi*

Dan hasilnya,


Wahhh muka perasan gila gituuuuu.


Cubalah guna. Aku memang suggest korang guna sebab bila korang tengok white heads yang melekat dekat mask ni, mesti korang nangis. Dah lah face mask ni hitam, jadi korang akan nampak white heads korang menari-nari atas face mask ni dengan jelas dan nyata bila dah ditanggalkan. Masa tu korang akan nangis untuk kali kedua.

Sekian.


2 comments :

  1. Oi. Haha.

    Aku pon ada review pasal product ni,
    k bye.

    ReplyDelete
  2. Aku baru tahu benda ni wujud lepas tu sibuk nak review jugak,
    k bye maria.

    Hahaha.

    ReplyDelete