March 26, 2013

Bertukar!

March 26, 2013
Itu hari aku terdetik. Sebelum ni pun dah banyak kali sebenarnya aku terdetik tapi aku punya terdetik kali ni tak sama. Selalu aku terdetik nak makan ayam gorenglah, terdetik nak minum teh aislah, terdetik nak makan ABC lah, terdetik nak makan karipap gergasi (serious besar gila karipapnya hokayyy) lah, dan banyak lagi benda (kebanyakannya makanan) yang buatkan aku boleh jadi terdetik. Kali ni aku punya terdetik tu lain sikit.

Terdetik nak menutup aurat. 

Aku memang ada plan pun nak menutup aurat ni. Plan asalnya ialah masa hari jadi aku nanti. Bulan April akan datang ni. Tapi bila hari-hari aku fikir yang aku akan menutup aurat tak lama lagi, aku jadi eksaited lain macam. Sumpah, tak tipu. Asal tunang aku tanya aku buat apa harini, penuh yakin aku jawab, "I tengok tutorial tudung labuh tutup dada je hari ni." Esok bila dia tanya soalan yang sama, aku pun jawab dengan jawapan yang sama. Begitulah seterusnya sampaikan dia malas nak tanya dah. Dia biarkan je aku teruja sorang-sorang tengok tutorial tudung. 

Bila dah sampai tahap hari-hari kau lahirkan rasa eksaited nak menutup aurat, kau akan rasa ada satu rasa ni yang encourage kau gila-gila untuk menutup aurat. Kau dah tak fikir apa dah. Ikutkan aku tak ready nak menutup aurat secepat ni sebab I was thinking, kalau nak menutup aurat, biar sebaik-baiknya menutup aurat. Aku punya cara pemikiran tentang menutup aurat ni ialah to be better than my previous penampilan secara keseluruhan. Melabuhkan apa yang perlu dilabuhkan, menutupkan apa yang perlu ditutupkan. It's not just bertudung. Sebab tulah aku prefer cakap menutup aurat instead of bertudung.

Tapi, sejauh mana pun aku merancang, Allah tetap perancang yang terbaik. Aku bagi tempoh untuk diri sendiri untuk ubah penampilan sehingga hari jadi aku sebab antara tempoh masa ni, aku nak kumpul duit. Aku nak beli tudung sikit-sikit, aku nak beli baju lengan panjang sikit-sikit, so that bila masa aku betul-betul nak 'bertukar' nanti, aku 'bertukar' sebaik-baiknya. Tak sampai beberapa hari pun aku terdetik untuk menutup aurat, aku diturunkan rezeki berupa duit yang cukup untuk aku bershopping tudung dengan gembira dan sewenang-wenangnya. Nampak tak Allah tu dengar apa yang kau nak dan Dia makbulkan sama macam apa yang kau dah niatkan. 

Tapi apa-apahal pun, aku tak bagus lagi. Ke arah perrrrrrfect pun tidak, awak. I believe that semua ni ada proses yang tersendiri. I'm still in the process of belajar untuk elak benda-benda yang tak baik. Sikit-sikitlah. The key of success dia simple je. Jangan berhenti belajar. 

(Gambar pertama aku upload dekat Fesbuk & Twitter(dan blog jugek) masa pertama kali bertudung.)


(Komen-komen adik sepupu aku yang paling rapat. Terharu! *Nangissssss*)

Sekian.

2 comments :