March 26, 2013

Ketagihan

March 26, 2013
Aku ni pesen pantang sikit tengok barang-barang yang cute ni. Asal nampak je mesti nak beli. Asal nampak je mesti secara semula jadi akan bertindak balas macam ni:

"Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiii(nyaring) cutenya benda niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!"



 Lepas tu kau jadi tak tentu arah. Muka eksaited habis sampai kadang-kadang terlupa nak nafas. Keadaan akan jadi lebih parah kalau ada kawan kau dekat sebelah. Kau akan secara autonya pegang erat tangan kawan kau tu dan paksa dia cakap, "Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiii(nyaring) cutenya benda niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!" sama macam kau cakap tadi. Kadang-kadang kau siap goncang-goncang tangan dia sebab eksaited sangat. Okay dah.

Perasan ataupun tak, masa aku kemas-kemas bilik sikit tadi, aku jumpa beberapa barang cute yang aku tak berniat pun nak kumpul tapi dah jadi part of my collections secara tidak sengaja. 

Koleksi buku nota. (Guna 2 to 3 pages je lepas tu campak)


Anak-anak patung yang bahagia.


Kasut tidur.


Kalkulator arnab yang baru dua, tiga kali je guna.


Sebenarnya ada banyak lagi dalam boxes(betapa banyaknya) dalam almari. Ada yang tak sempat pun nak guna lagi. Ada yang dapat masa hadiah hari jadi, ada yang saja-saja beli. Tapi kebanyakannya lebih kepada saja-saja beli. Hew hew hew. Kadang-kadang ada lah jugak perasaan menyesal tu datang. Tapi masalahnya perasaan tu datang lepas aku dah selamat beli. Cis betul. Kalau engkorang pun ada situasi yang sama macam aku ni, padan muka jelah aku boleh cakap. 

Sekian.

2 comments :