October 21, 2013

Random Sunday.

October 21, 2013
Aku baru lepas unpacked barang-barang yang aku shopping tadi, tukar position almari, lap meja, lap laptop, sembur febreeze atas tilam, buang sampah, kemas baju dan macam-macam lagi. Busy betul aku ni.

Hari ahad aku bermula pukul 3 petang. Kakaka. Cilaka gila pukul 3 petang baru nak bangun. Nasib baik mak aku taktau. Bila dah bangun tu apa lagi, perut terus jadi auto lapar. Setelah berbincang secara serious dengan tunang, kami pun sepakat nak pergi cari makan. Mudah kan?

Destinasi pertama ialah misi mencari karipap gergasi. Pertama kali aku makan karipap gergasi ni masa aku pergi kenduri kahwin member tunang aku dekat Banting. Kemain jakun lagi masa mula-mula aku tengok karipap ni. Serious besar macam gergasi.

Dulu RM2.50 je. Sekarang dah naik seringgit. Kemain.

Dan tadaaaaaa!

Karipap gergasi Makcik Kapar!

Besar ke idok? Karipap besar-besar macam ni selalunya ambik masa dalam 15 minit jugaklah nak habis. Kalau makan sambil borak mungkin lama sikitlah nak habis. Kalau teringin nak makan, pergi cari dekat Kapar, Klang sana. Tapi member aku cakap dekat Meru pun ada makcik yang jual karipap gergasi. Saiz karipap dia lebih gergasi dari ni. Amboi diorang ni jual karipap besar-besar ni nak pergi mana?

Habis dah hal karipap gergasi. Destinasi kedua ialah shopping! (wah segar tiba-tiba). Salah satu sebab aku suka betul duduk Klang selain banyak makanan sedap-sedap orang jual bawah pokok, kau boleh jumpa kedai-kedai macam Teddy Tales, Living Cabin, Daiso dan kedai-kedai sejenis dengannya berlambak-lambak dekat sini! Dah lah berlambak-lambak, harga masya-Allah murah gila! Aku dah lah memang jenis pantang gila masuk kedai-kedai macam ni. Ada saja nak mencapai. Memandangkan hari ni merupakan hari tunang-bayar-semua-barang-shopping-bakal-bininya, lagi lincahlah tangan aku mencapai! Keh keh keh.

Travel set contact lense, supplement compartments beserta sikat.

Selesai puaskan nafsu, tunang tak puas hati. Dia paksa aku shopping lagi. Sibuk dok tanya stok makanan ada ke tidak, taknak beli buah ke, barang semua dah cukup ke. (Inilah salah satu punca aku kuat shopping, the encouragement!) -_-

So, we had our food rations shopping di Carrefour. Biasalah kan kalau mula-mula cadangnya nak beli FOOD JE tapi last-last bukan food je yang ada dalam troli tu. Benda lain pun ada menyelit. 

Wah bantal pun ada menyelit dah kenapa? -_-"

Penjaga pemakanan peribadi sedang sibuk memilih buah.

Gigihlah pilih pisang.

Beli air pun muka serious ni memang aku tak faham.

Tengah uji bantal tu selamat untuk digunakan ke tidak.

Geram pulak aku tengok gambar tunang aku dok pilih barang serupa makcik-makcik. Muka ketat-ketat tu nak pergi mana pun aku taktau. Kakaka. 

Habis dah. Bye.

2 comments :

  1. karipap gedabak kat seksyen 7 baru RM2.50.. besar macam tu jugak. tapi sekarang dia dah buat cara lain, kecikkan saiz, pilih 2 karipap, perasa sama or lain-lain, harga tetap RM2.50 :)

    ReplyDelete
  2. Kat seksyen 7 dekat mana, Affan? Nak carilah nanti. Jauh betul mencari karipap sampai ke Kapar. Hahaha

    ReplyDelete