August 12, 2014

About Me

August 12, 2014
Assalammualaikum and hi.





Belum apa apa tetibe je dah share gambar besar gedabak sorang sorang camni.  wakaka.  Sebenarnya gambar ni penuh dengan sentimental value.  Gambar pertama yang diambil masa first time berhijab. :')  Ye, perempuan bermata sepet inilah pemilik blog Haziqah Muhamad ituuu hew hew.   Kengkawan mostly panggil Daboo.  Nickname sejak sekolah menengah.  Family panggil Iqa or adik. So boleh nampak kan yang nama Haziqah ni macam tak berapa digunakan sangat kecuali untuk urusan rasmi je.  Bila dah matang ( sebenarnya nak cakap tua tapi ermm takyah ah wakaka ) ni tetibe rasa macam nak guna nama penuh.  

I've started blogging sejak June 2009 lagi sebenarnya.  Tapi tak pernah serius pun update setiap entri sebab masa tu tak berapa nampak kepentingan blog dalam kehidupan.  Buat blog pun sebab nak update gambar boyfriend ( sekarang dah jadi ex boyfriend dah ) je masa tu.  Cinta sampai ke syurga lah kononnya masa tu ahaks !  Bila ingat balik macam alahai membazir internet mak aku je dok update pasal ex boyfriend hari hari dekat blog kah kah !

Aku dilahirkan di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada 18 April 1989.  Haippp buat apa tewww tengah calculate umur kita ke tewww. :p  Lepas tu parents register aku masuk sekolah Convent Bukit Nanas dekat Kolumpo tu.  Aku sekolah situ dari darjah satu sampai lah form six ( ya Allah boringnya ).  Lepas tu aku dapat tawaran ambik degree dekat UiTM Shah Alam dalam jurusan Masscomm ( Publishing ).  Dan aku berjaya graduated dengan jayanya hoyeah !


Gambar class zaman degree dulu.  Ha'ah, aku yang sepet dok tengah tu.


Lepas study aku terus dapat kerja dekat ITBM sebagai PR.  Kerja aku memang kena handle events jelah kisahnya.  Mostly events macam teater, pelancaran buku, majlis anugerah bahasa and etc.  Ada jugak kadang kadang aku kena tulis review pasal buku, buat layout magazine and etc.  Lepas tu aku buat kerja marketing pulak dekat Cerdik Publications.  Ni pun kerja handle events jugak.  Events buku semuanya macam join KLIBF, Pesta Buku and etc.  Lepas tu aku dapat offer kerja dekat Times Media sebagai online writer / translator.  Kerja aku kena handle website education and translate content from english ke malay.  Pastu pergi interview sesikit, pastu tulis artikel untuk paper macam Berita Harian, Harian Metro and Kosmo.  Aku enjoy gila kerja sini sebab company diorang sangatlah santai ala ala company Nuffnang jugak.  Ada beanbag boleh lepak lepak ( termasuklah tumpang tidur di situ di kala hujan sewaktu bos takde kah kah ! ).

Ni antara write ups yang aku pernah tulis untuk newspaper.



...


...


...



So sesiapa yang ada job nak upah buat review ke or anything berkaitan dengan penulisan ke kan, bolehlah calling calling gitu.  Dan lepas tu aku dapat kerja jadi journalist dekat portal hiburan Oh! Bulan pulak.  Fun gila kerja situ sebab hari hari boleh jumpa artis tapi artis heran pun idok jumpa kita kui kui kui.  

Lagi nak cakap pasal apa ye?  Oh lupa !  Iolls dah kahwin dah pun last year dengan jejaka pilihan ecewah yang juga seorang blogger.  Dan salah satu medium yang menyatukan kitorang ialah blog lah sebenarnya.  Banyak betul jasa blog dalam kehidupan seseorang.  I should learn on how to appreciate blog more lah like this ( dengan ehem update entri selalu dan jangan biarkan ia bersawang ehem ).

Currently aku tengah pregnant our first baby ( alhamdulillah ).  Sekarang dah nak masuk 7 months dah.  Badan pun semakin semput dan tak fit.  Bila bergambar pun muka asyik kembang semangkuk je.  Kadang kadang ia mengembang dengan lebih drastik seperti sebuah besen. Tapi demi baby, iolls redha.  T___T


Beginilah rupaku yang kembang semangkuk.  Sebelah tu husband tercinta. :')


Okay dah lah kot.  Borak panjang panjang karang takut korang macam hek eleh dia ni apehal cerita pasal dia.  Bukan orang nak tau pun.  ( padahal memang dah borak panjang dah pun sebenarnya kah kah ! )

p / s : Untuk sebarang urusan atau nak berkenalan dengan lebih rapat, boleh contact SINI okay. 

Thanks for reading.
xoxo

2 comments :

  1. Blogwalking . From blog to blog

    http://syamsiddhuha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. blogwalking and done follow blog anda. Jom sertai 1st GA di blog saya , ada hadiah menarik untuk dimenangi :)

    ReplyDelete