May 27, 2015

Tempat Makan Menarik: Bonjour Garden

May 27, 2015
Assalammualaikum.

Setelah sekian lama membiarkan belog bersawang, akhirnya I'm back! *cakap kuat-kuat sambil cekak pinggang* Kah kah kah! Sebenarnya dah beberapa hari dah aku godek-godek belog ni dan cuba memahami segala proses nak edit dan adjust itu ini. NAMPAK TAK DAH LAMA GILA TAK SINGGAH SINI? LOL. Nasib baiklah tak banyak makan semut so takdelah lupa terus. Disebabkan nak kembalikan semangat berbelog tu, gigih eh edit header berhari-hari lepas tu tukar background semua phew! Yang paling tak menahan tu siap tukar url omg! Punyalah semangat.

Anyway, untuk post pertama sempena kebangkitan aku dari dunia belog ni, izinkan diri ini berkongsi pasal sambutan hari jadi yang tak berapa nak jadi April lalu. Masa tarikh hari jadi aku dah nak dekat sampai, aku dah mula google tempat special sikit nak celebrate dengan suami. Sebenarnya first time aku tau pasal tempat ni masa tu aku kena cover story pasal event Intan Ladyana. Dia launched produk kesihatan dan kecantikan hasil kerjasama dengan kakak dia kalau tak silap. Nama produk tu Lamera. Boleh tengok fanpage Lamera dekat sini. Dan petang tu semua guests ada sesi hi-tea dekat sini...


Bonjour Garden, Kota Damansara.


Tadaaa! Ni bahagian open air.


Cantik kan? Betul-betul macam dalam kayangan I tell you. *mula berangan*


 Ini adalah corner yang korang boleh duduk makan bersila sambil memeluk bantal seperti di rumah!


Buku menu diorang ala-ala newspaper gitu.






Kalau korang sejenis yang tak suka open space dan prefer duduk tempat ber-aircond, korang boleh makan dalam cermin kaca ni.




Belanja satu gambar Intan Ladyana dengan produknya, LAMERA masa launched haritu.


Cantik tak cantik tak? Tunggu! Jangan excited sangat. Korang, rupa-rupanya restoran ni dah ditutup. Wakakaka. Borak panjang-panjang sekali restoran dah tak wujud ghupenya. *nangis bawah shower*. Padahal sebelum tu aku dah google menu apa nak makan dekat website diorang dekat sini. Aku sempat rasa diorang punya roti je masa launched tu. Diorang tak update pun dekat website. Sampai hati. Masa aku pergi tu tempat tu tengah under renovation nak bukak kedai steamboat baru. Tapi Bonjour Garden ni ada dua lagi cawangan lain. Satu dekat Bukit Jelutong. Satu lagi dekat KL rasanya. Cuma dua-dua tempat ni bukan open air macam ni lah. Nanti kalau aku dah try aku review dekat sini. Last-last celebrate birthday dekat Kenny Rogers je. Mujurlah dah lama tak makan Kenny Rogers, so takdelah nak emo sangat. Hihihi.

Apa-apapun seronoklah jugak sebab sempat merasa lepak sini dulu walaupun sekali. LOL. Kalau korang merupakan golongan kaki makan dan suka explore tempat-tempat makan ni, silalah berkunjung ke The Strand, Kota Damansara ni ye. Dekat sini baaaaanyak gila kedai makan yang buatkan korang rasa seperti di syurga.. ga.. ga.. ga.. *bisik ala-ala suara iklan Yusuf Taiyoob*. Dekat sinilah jugak ada kedai-kedai famous macam Wood & Steel, Shell Out, Rakshee  dan etc. Kalau nak fefeeling hispter lepaklah sini, okay?

Thanks for reading.
xoxo

No comments :

Post a Comment