June 23, 2015

Cara Mudah Cari Rumah Kegemaran Mengikut Budget Sendiri

June 23, 2015
Assalammualaikum and hi.

Setiap kali aku update blog mesti aku akan bagitau korang yang aku busy sejak dua menjak ni.  Kan? Sebenarnya aku busy nak pindah rumah al-kisahnya.  Rumah yang aku duduk dengan Chacha sekarang ni memang okay, tip top semualah.  Cuma yang aku tak berapa berkenan sangat tu sebab rumah ni ada dua hall and banyak bilik nak kena manage ( eh kantoi pemalas wakaka ).  Rumah ni double storey.  Bawah ada hall, atas pun ada hall.  Pastu ada 4 bilik and 3 bilik air.  Pastu kat hall bawah tu ada ruang yang korang boleh buat kolam ke, bela pets ke ikut suka korang lah.

Macam ni...



Ni dekat bahagian dalam rumah tau.  Dekat hall bawah.



Ruangan ni aku buat bela kucing.  Biar diorang seronok berlari bebas.  Takdelah kacau bahagian dalam rumah aku.  Sekali pakej dengan diorang shi shi and poo poo ekekeke.


Tapi memandangkan aku tengah pregnant sekarang ni and morning sickness aku sangat teruk, aku surrender betul nak mengerjakan semua ruangan dalam rumah ni.  Nak bangun pergi toilet sejengkal pun aku terkial-kial, inikan pulak nak mengemas apa semua.  So Chacha decided suruh pindah rumah.  Cari rumah yang kecik sikit and sesuai untuk kitorang berdua sementara tengah tunggu baby nak keluar ni.  Dan itulah aktiviti aku sekarang ni.  Dok cari rumah siang malam pagi petang fuh fuh !

Memula masa nak start cari tu memang menangis jugak ah.  Kengkadang harini kau dah cari dah kat tempat tu tapi disebabkan kau ni pelupa so kau repeat balik cari tempat yang sama ulang-ulang.  Bila kau click kat ads tu kau akan macam 'eh bukan aku dah baca ke pasal ni semalam?.'  Haa kan ke dah membazir masa.  

So aku nak share dengan korang pengalaman sepanjang aku cari rumah ikut cara aku sendiri.  Cara yang aku rasa dapat tolong korang-korang yang kesuntukan masa nak cari rumah.  

Satu.  Aku cari rumah dekat dua medium ni : Mudah.my and PropertyGuru Malaysia.   Dua-dua ni korang boleh google je or download apps dia dekat google play.  Honestly, aku prefer guna PropertyGuru Malaysia sebab sangatlah friendly user.  

Contohnya, aku nak cari rumah kecik je.  So aku lebih fokus kepada apartment / condo.  Yang bestnya, apps ni ada section where by korang boleh kecikkan scope pencarian.  Pastu diorang ada section khas untuk condo / apartment.  



Click ' Condo Directory '



Taip nama apartment / condo yang korang berkenan.  Contoh, The Scott SOHO.  Kalau nak lagi senang, korang google je siap-siap senarai apartment / condo yang ada kat Malaysia ni.  Pastu korang masukkan satu-satu dekat search ni.



Haa pastu nanti akan keluar macam ni tada !  Kalau korang nak beli rumah, click kat sale tu.  Kalau nak sewa, click kat rent.  Nanti lepas korang click salah satu bahagian tu, diorang akan bagi list harga and description pasal rumah yang korang cari tu.  Yang paling best, korang boleh survey harga siapa yang offer paling murah !


Kalau korang nak cari landed house pulak, korang boleh click kat bahagian ' Property Search '.  Nanti dia keluar macam ni.



Korang isi je details dekat sini, budget korang berapa, nak rumah besar mana, fully furnished ke tak semuanya lah.  Nanti diorang akan carikan untuk korang.


Senang takkk?  Haa macam ni lah cara aku cari rumah sepanjang dua minggu lebih ni.  Tapi dekat PropertyGuru Malaysia ni mostly diorang adalah ejen.  Kalau korang bernasib baik maybe korang akan jumpa rumah yang diiklankan oleh direct owner.  Untung-untung boleh dapat harga murahhh sangat !

Alhamdulillah aku dah jumpa dah rumah yang aku nak.  Tapi tengah survey-survey lagi kot-kot ada offer yang lagi bagus ke kan.  So, selalunya cemana cara korang cari rumah eh?  Kalau ada lagi senang bolehlah share dekat sini. 

P / S : I'm still participating in this campaign.  Nak tau campaign apa?  Boleh tengok dekat sini Parenting : Kejadian Ngeri Yang Menjadikan Ibu Ini Bertindak Menjadi Lebih Protektif. Jom support !

Thanks for reading.
xoxo

4 comments :

  1. nice sharing kak , mudah la pasni nak cari rumah :) cantik la ruang kucing tu . .

    ReplyDelete
  2. Hehe. Nanti nak cari rumah bolehlah guna cari ni kan. :)

    Ruang kucing tu cantik tapi kena rajin bersihkan hehe.

    ReplyDelete
  3. beruntung betul kau ni...chacha xkisah nak pindah rumah lain sebab nak menyenangkan kau. kalau kau curang dekat chacha siap kau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah keistimewaan mengandung kot hehehe. Taknaklah curang. Aku pun bukannya cantik sangat ecewah kakakaka!

      Delete