June 26, 2015

Derma Di Tempat Yang Betul. Jangan Terkena Lagi

June 26, 2015
Assalammualaikum and hi.

Dulu dekat UITM masa semester berapa I tak ingat sebab makan semut banyak sangat, kitorang ditugaskan untuk buat assignment pasal apa pun I tak ingat jugak hahaha.  Teruknya ingatan kau ni Haziqah.  Adakah semut sedang berenang-renang di ruangan otak sampai kau tak boleh recall assignment tu pasal apa? T_T  

Tak kisahlah assignment pasal apa pun, yang I ingat teammates I pilih nak cover pasal 'Street Kids'. Korang tau tak street kids tu apa?  Okay street kids tu ialah kanak-kanak yang kurang supervision dari ibu bapa / penjaga sebab parents / penjaga diorang kerja tak menentu so kelibat kanak-kanak ni kita boleh nampak berkeliaran dekat tepi jalan macam takde hala tuju.  Sebab tu diorang dipanggil street kids.  Tapi kalau bebudak yang main petang-petang dekat tepi jalan / taman tu bukan street kids eh.  Tu namanya riadah.  Korang jangan kang tak memasal parents diorang marah aku pulak sebab tulis entri ni pastu semua orang label anak diorang yang main petang-petang tu as street kids. (-_-")

So ada lah satu tempat ni yang bertempat di Chow Kit ambil inisiatif untuk bantu bagi perlindungan / shelter untuk these kids.  Nama tempat tu Rumah Nur Salam Chow Kit.  Masa memula jejakkan kaki kat sana, I tengok tempat tu macam nursery ah konsep dia.  Ada ruang belajar, ruang makan, ruang santai etc.  Yang paling terharu tu the kids welcomed us sampai peluk-peluk macam dah kenal lama :').  Bila duduk-duduk dengan diorang sambil tengok diorang makan cokelat yang kitorang bagi ( sampai sekarang rasa bersalah sebab terlupa nak beli buah tangan best-best so beli dekat kedai runcit bawah je ) I can tell diorang seronok sangat!  Tak kisah lah diorang buat-buat happy ke apa tapi I nampak diorang happylah bila kitorang layan diorang bagi cokelat apa semua walaupun cokelat tu cokelat kedai runcit ( masih tak boleh move on dari rasa bersalah ). T_T

Bila I tengok kehidupan diorang yang kurang bernasib baik macam tu, I terus teringat dengan kehidupan sendiri and I bersyukur.  I cuma kehilangan abah ( meninggal dunia because of cancer ), tapi I still ada ibu yang selalu ada untuk kami adik beradik setiap masa.  Yang the kids ni pulak, they still have parents cuma diorang kurang bernasib baik sebab jarang ada masa nak duduk sama-sama. I rasa kalau I taktau pasal kewujudan street kids ni mesti sampai bebila I akan rasa hidup I ni malang lah apa lah padahal I still have a mother yang selalu ambik tau pasal I tak macam the kids :( 



My happy pills (kelihatan I sorang je yang beria)

.....

Dalam satu kisah yang lain pulak, I ada terbaca satu kempen pasal #rezeki3saat oleh AIA Public Takaful.  Selalunya kita yang anjurkan majlis sambutan raya untuk anak-anak yatim kan? This time around AIA nak buat kelainan.  Diorang nak anak-anak yatim ni yang organize sambutan hari raya ni and jemput kita jadi tetamu dekat tempat diorang. How cute is that :') 



#rezeki3saat


Macam mana nak derma?

Korang boleh refer SINI untuk tahu lebih lanjut pasal kempen ni and cara untuk menderma.  Setiap video #rezeki3saat korang tu bernilai RM 10 dan akan didermakan terus kepada anak-anak yatim ni.  Buat video 3 saat je terus dah boleh derma.  Senang sangat!  Contoh video and jumlah derma yang berjaya dikutip diupdate dekat SINI.



Satu gambar denga ibu kiteww nampak tak bonding sangat sampai atas pelamin tengah nak nikah pun sempat borak apa tah (-_-")


Thanks for reading.
xoxo

No comments :

Post a Comment