June 26, 2015

Kenapa Facebook Semakin Menjengkelkan

June 26, 2015
Assalammualaikum and hi.

Ada banyak sebab kenapa Facebook semakin menjengkelkan dan saya amat berbesar hati untuk berkongsi sebab musababnya di sini dengan anda semua (sebab tak berani nak mengadu dekat Mark Zuckerberg so kita luahkan di belog saja tsk).

Satu. Warga Facebook suka share info yang bukan-bukan. Bukan ah nak kata warga lain (twitter, instagram, myspace eh myspace pun ada whatever dan lain-lain) tak share info ke apa.  Cuma dekat Facebook ni diorang macam ada satu culture yang whenever they get the info yang macam gempak sikit terus share tanpa selidik dulu.  Kengkadang diorang baca pun tak content tu en en en.  Ada banyak kali jugak I nampak artikel macam 'Jenazah selamat dikebumikan' pastu gambar artikel ialah gambar artis famous.  Of course lah I macam 'eh dia ni dah meninggal?'  Bila click and baca artikel tu rupanya BAPA artis tu yang meninggal dunia rupanya T_T  Faham ah itu sebenarnya strategi certain pihak nak bagi traffic naik tapi orang kita ni (termasuk diri sendiri) tak rajin membaca.  Bila nampak artikel macam tu laju je terkinja-kinja memasing nak share / repost padahal tajuk takde connection langsung dengan content cerita.  Pastu kesian artis tu kena tampil and cakap dekat public yang dia masih hidup T_T



Seronok ke sebarkan cerita macam ni? T_T


Dua.  Share gambar bukan-bukan dekat wallpost.  Pernah tak korang scroll-scroll newsfeed suddenly nampak ada orang post gambar tangan dia terputus berkecai sebab main mercun ke, orang accident isi perut terkeluar ke.  Pernah tak?  NYAMPAH GILA.  I pangkah habis orang-orang yang cetek akal macam ni.  Tak paham apa motif dia nak share those kind of pictures.  Nak tunjuk korang kebal tangan berkecai tapi masih tak pergi hospital dapatkan rawatan sebaliknya ambik gambar and share di facebook is it?  Baiklah kengkawan, marilah kita kagumi dia. (-_-")

So far dua ni je attitudes (wah attitude tau) warga Facebook yang buatkan I malas nak lepak Facebook lama-lama.  Kalau setakat minor attitudes macam setiap masa nak kena share live update 'baru lepas beli handbag LV melayang RM 10k iolls, 'otw nak pergi tengok wayang dengan member (tapi post gambar tengah bawak kereta Ferrari)' yang ni semua I boleh hadam lagi sebab itu lantak dia lah nak menayang ke apa.  Kalau kena rompak pun orang akan rompak dia bukan kita eh tak tak, gurau jeee.

I bet pembaca-pembaca dekat belog ni semuanya tak berperangai macam tu kan 'eceh fefeeling sangat ramai orang baca belog ni whatever.'  It is not wrong kalau korang ada perasaan nak jadi orang pertama yang viral kan tentang sesuatu info tapi make sure info yang nak diviralkan tu sahih 100% ah.



Suami sedang berperangai menjengkelkan. K.



KeluhKesahKakEsah (omg tetibe ada bahagian ni hahaha) : Selalu tertanya-tanya apa perasaan orang yang suka share fake info (tanpa selidikinya dulu) lepastu tau-tau info tu tak benar sama sekali, especially info pasal kematian.  Tak rasa apa-apa ke?

Thanks for reading.
xoxo

10 comments :

  1. Sememangnya sangat menjengkelkan..huhu

    ReplyDelete
  2. selalu sengaja nak naikkan trafik blog je kasik tajuk cemtu. mengadaaa aah !

    btw certain pic pic eksiden apa semua tu sangat err lemah iman tengok. tak reti censored langsung -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, pastu bila baca cerita lain rupanya. Jemah tertipu -_-"

      Tak suka tengok gambar accident ke, luka ke apa ke. Macam tak perlu kot nak share T_T

      Delete
  3. Itulah dia.Saya sendiri pun dah berbulan bulan tak online FB. Malassss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Nak scroll saja-saja baca pun dah tak minat dah. Dulu-dulu facebook best. huhu

      Delete
  4. Cara mudah untuk dapatkan trafik.. tapi sayang indah khabar dari rupa.
    First time jenguk sini..pape pun nice blog

    from: Am

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tu. Kualiti cerita takde huhu. Thank you. :)

      Delete
  5. salam singgah sini.. kecian tuan badan yg kena.. tak takut kena jawab kat kubur kot nanti... wawa akan hide je sebarang berita tentang gossip ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, terima kasih sebab sudi singgah sini. :) I ni kalau hide pun nanti mesti ada kengkawan FB yang baca pastu main share je -_-" . Kalau hide pun macam takde function hahaha

      Delete