June 29, 2015

Nikmat Berbuka Dengan Family | Haziqah Muhamad

June 29, 2015
Assalammualaikum and hi.


Rindu iolls takkkkkk? 


*bunyi cengkerik krik krik krik* 


Kah kah kah! K diam kau Haziqah.




Weekend lepas I tak sentuh belog langsung pun hew hew.  Kalau tak hari-hari dok ngadap belog pastu gigih perah otak nak update entri.  At least sehari kena update satu entri sebab taknak belog nampak sunyi dan menyedihkan (eleh padahal diri sendiri yang sunyi dan menyedihkan wakaka).  

Sebenarnya last weekend I balik rumah family iolls dekat Ampang.  FAHAM TAK DIA PUNYA EXCITED MACAMANA?!!  Sambil menaip ni pun I macam excited gila pastu tekan laptop keyboard ni kuat-kuat sebab excited kah kah!  

Okeh, mari kita rungkaikan kenapa Haziqah begitu excited setiap kali balik rumah family di Ampang.

Pertama.  Makanan yang enak.

Kedua.  Makanan yang enak.

Ketiga.  Juga makanan yang enak.

Ya, selain rindu family (kena mention rindu family dulu walaupun rindu pada makanan melebihi daripada rindu family eh? wakaka), I sangat-sangat rindukan masakan air tangan ibu!  Hanya mereka yang tinggal berjauhan dengan family je yang akan appreciate masakan air tangan ibu tsk tsk (nangis bawah selimut).  Nak-nak pulak kalau dapat mak yang terer masak umpama seorang chef perghh!



Tadaaa!  Juadah berbuka weekend lepas.  Tapi menu utama yang patut di-highlight-kan di sini ialah Terubuk Bakar dan Butter Prawn (dan juga air cincau bancuhan sendiri).



Terubuk Bakar yang masih unggul di atas kuali (dicicah dengan sambal kicap meletups!).



Butter Prawn kedebabom hasil masakan ibu tercinta.



Kerabu ayam juga hasil air tangan mak sendiri.





Kuih muih je merupakan hasil bantuan daripada bazaar ramadhan kih kih.  Murtabak ni sedap gilos.  So I potong kecik-kecik macamni sebab taknak bagi habis cepat.  

Pastu abang komplen, "Siapa potong murtabak ni? Penatnya nak habiskan!"

Dan murtabak tu memang lambat habis pun hari tu sebab memasing terpaksa menikmati potongan-potongan kecil murtabak tu secara perlahan wakaka.  So kalau murtabak korang sedap and korang taknak murtabak tu habis dengan cepat, sila guna teknik ni.  Berkesan!



Sebenarnya abang dah beli air tembikai and air tebu dekat bazaar.  Pastu ibu excited jugak nak buat air cincau pastu tak habis-habis cakap 'eh tak cukup ni kena tambah air cincau ni'.  Ececeee padahal memang nak buatkan air cincau untuk I pun kenzzz walaupun air sebenarnya dah cukup kenzzzz ekekeke. :')



Disebabkan I tak boleh tolong banyak, so I tolong potong buah tembikai ni je.  Yang lain semuanya hasil tangan ibu dengan bantuan kakak ipar I yang baru tu.  Mungkin inilah yang dikatakan 'The Power of Ibu Mengandung?' ekekeke



Ini lah mak kitew yang masak macam chef tuuu.  Oh the next day (ahad) kitorang satu family berbuka dekat luar pulak.  So ni gambar kitorang jalan-jalan sebelum waktu berbuka sebab tersampai restoran tu awal sangat.



Ni kakak ipar iolls.  I paksa dia duduk situ sebab nak masukkan gambar dia dalam belog.  Tu yang muka dia memalu je tu hahaha.



Yang belakang tu promoter yang jaga kedai ni.  Ehh tak tak.  Tu husband I.  Tapi kenapa dia macam promot ok tak tak.  Tu memang husband I wakaka lebiu!


Lepas dah habis jenjalan dan tak sedar waktu berbuka dah dekat, kitorang pun bergerak pergi restoran yang kitorang nak pergi berbuka tu.



Roydeena Captain Burger (Wangsa Melawati)

Senang je nak cari restoran ni.  Nampak je Petronas tepi highway MRR2 tu, haa masuk situ. Roydeena ni dekat deret-deret kedai depan Petronas tu.  Faham tak? Okay takpe korang waze je terus.



Konsep Roydeena ni ala-ala cafe hipster.  Masa ni awal lagi so family kitorang je yang gigih sampai dulu.



Masa ni my mom dok tak diam betul.  Ada je benda dia nak cakap pot pet pot pet.  Kitorang layankan je wakaka.  Terus terhasil gambar pejam mata ni T_T

Overall food dia not bad lah.  Tapi I tetap prefer masakan ibu I eh sempat lagi hahaha.  I takde tangkap gambar makanan sebab masa tu tengah busy beratur ambik makanan pastu dah azan terus ngap je hew hew.



Macam nilah nasib mak buyung.  Nak pusing-pusing satu kedai kecik pun dah tak mampu.  So apa kita buat?  Kerah husband jadi photographer tak berbayar wakaka.

Sorry ah entri kalini panjang sangat.  Thanks korang yang sudi baca sampai habis (korang yang sekadar scroll tengok gambar pun iolls ucap terima kasih jugak k ekeke)

xoxo

2 comments :

  1. adoi..sedapnyaaaaa laa terubuk tu...jejes air liur

    ReplyDelete
  2. semenjak dah habis stadi ni, dari 1st ramadan belum pernah terlepas peluang lagi berbuka dengan family. yas ofkos makanan tu paling best ! paling sedap dan tak pernah kurang. pueh hati :D

    ReplyDelete