June 22, 2015

Percutian Bujang Sebelum Bergelar Isteri

June 22, 2015
Assalammualaikum and hi.

Tadi masa aku scroll-scroll gambar dalam handphone tetibe ternampak la pulak satu folder yang menggamit memori sangat ( wah gittewww ).  Dalam tu semua gambar masa aku pergi bercuti dengan kengkawan sebelum kawin last year.

Sebenarnya bukannya percutian apa sangat punnn.  Acah-acah retis sangat aku ni padahal tak sedar diri sendiri hanyalah sekadar golongan marhaen yang sendu wakakaka.  Engkau ingat engkau Hanis Zalikha ke noksss ( cakap depan cermin ).  Aku nak release tension je masa tu sebab serabut fikir preparation kawin sampai otak jam.  So Chacha pun suggest la suruh aku pergi short vacation.

Nak tau aku pergi mana?  Aku pergi...







Cherating je uollsss !




Kumon.  Peneman setia.


Disebabkan ni percutian yang tak dirancang langsung-langsung, so aku whatsapp jelah sesiapa yang free dan boleh join.  Aku tak mengharap sangat kengkawan aku boleh join sebab aku pun rileks je whatsapp sorang-sorang sehari sebelum nak bertolak muahahaha.  So dalam ramai-ramai makhluk ni jelah yang sudi temankan sebab dia study lagi.  So free time dia banyak ah.  Eleh kalau tak study pun free time dia memang banyak sebab dia ni jenis impromptu punya orang.  Ajak je terus on.  Senang betul nak bela dia ni kah kah.






Kumon dengan Cherating ni ibarat air dicincang takkan putus.  Ke laut betul peribahasa aku kah kah.  Dia memang selalu datang sini.  Tu yang kulit dia kemain tanned lagi umpama Beyonce.  And dia memang dah kenal orang-orang kat area sini.  So takdelah kitorang mengadap muka memasing je sepanjang masa.  Kalau gitu aku pun rasa nak muntah kuikui. 





Yang sebelah Kumon tu aku tak ingat nama.  Yang kakak belakang tu pun aku tak ingat nama jugak kakaka.  Banyak sangat makan semut gamaknya.  Tapi diorang dua orang ni best !



Masa ni aku macam tengah fefeeling acah-acah macam mat saleh yang suka berjemur tu.  Tapi dah namanya kulit melayu, tak mampu noks nak berjemur kat bawah panas terik tu.  Hanya mampu berjemur di tepi pantai di tempat yang berbumbung ni je.  Tu pun sekadar untuk bergambar kah kah.  Buruk perangai.




Lepas tu terjumpa sepupu sepapat bau-bau bacang dekat sini.  Eh termengaku pulak ekekeke.  Anak monyet ni agak famous jugak ah dekat sini sebab dia cute and manja gila.  Owner dia selamatkan dia masa mak monyet ni accident.  Masa tu monyet ni tengah berpaut dekat perut mak dia.  Sian sangat.  Tu mungkin dia ingat aku ni mak dia kot sebab tu la dia berpaut macam tu sekali hahaha.  Dah lah suka cermin.  Kecik-kecik dah nak melaram ye.









Begitulah percutian bujang sendu iolls sebelum bergelar isteri.  Tapi at least ada lah jugak gambar kenang-kenangan daripada takde kenzzz.  Sendu pun sendulah ekekeke.


p / : Gais, I'm still participating in this campaign.  Ada entri pasal ni kat previous post, Parenting : Kejadian Ngeri Yang Menjadikan Ibu Ini Bertindak Lebih Protektif.  I need your support !  Hehe. 

Thanks for reading.

xoxo

6 comments :

  1. Replies
    1. Hehe. Pergi dengan kengkawan yang kita suka memang best ! :D

      Delete
  2. percutian bersama kawan2 memang best! bila dah kawin memang susah lah nak berjumpa sakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tu. Lepas kawin memang susah nak jumpa. Borak dekat whatsapp je huhuhu.

      Delete
  3. Same lah kte bfore kahwin pon spend time dgn family n kwan puas2 feeling mcam tak boleh jmpe dah..Padahal same jek dh khwin pon cume tnggnjwab lebih skit lah. Hehe.. Salam kenal haziqah :)

    ReplyDelete
  4. comellnyaa monyet tu . geram plak tengok

    ReplyDelete