June 18, 2015

Suami Pandai Buat Kerja Rumah Tandanya Isteri Pemalas

June 18, 2015
Assalammualaikum.

As I went thru the internet untuk mencari bahan-bahan bacaan yang boleh diterima akal, aku terbaca ada satu blog yang memberi jawapan kepada segala-gala persoalan which everyone keeps on arguing setiap masa regarding, 'Suami Pandai Memasak Tandanya Isteri Pemalas/Tak Tahu Memasak.'


Sumber: Instagram Nina Ismail Sabri


Woo hoo woo hoo woo hoo.

The other day, this issue macam dah jadi hot issue dah dekat twitter when most of the guys keluarkan statement,

"Perempuan yang mengharapkan lelaki pandai masak ni sebenarnya sama ada dia tak reti masak ataupun dia sememangnya pemalas."

Tu one of the issues.  Dan seterusnya.

Disebabkan diri ini terlalu nak sangat tahu jawapan towards all of these statements, aku terus google any articles yang menceritakan kisah kehidupan Rasulullah SAW back then. Aku berbalik semula kepada cara Islam sebab aku percaya agama sendiri adalah sebaik-baik pendapat. And I keep on holding to that. 

Like it or not, aku terjumpa artikel yang memang bagi jawapan straight forward di mana 'Suami Memasak Juga Sunnah." (Haippp engkorang yang perempuan tu jangan gumbira sangat, aku belum habis cerita).

Amrah meriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Aisyah:

"Apakah yang dilakukan Rasulullah SAW di dalam rumah?"
"Rasulullah SAW adalah manusia biasa; beliau merendam pakaian, memerah susu domba dan melayani dirinya sendiri."
(HR Tirmizi, Bukhari, dan Ahmad) 

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. 

Jadi betullah. Beruntung sebenarnya seorang isteri atau bakal isteri yang dapat seorang suami atau bakal suami yang ringan tulang dalam hal-hal menguruskan kerja-kerja rumah termasuklah memasak ni. Sebabnya, terang-terangan itu merupakan sunnah Nabi, bukannya direka-reka ataupun timbul isu isteri pemalas/mengada atau sebagainya.

TAPI, seperti yang diceritakan, Rasulullah SAW hanya membantu isterinya dalam menguruskan kerja rumah. It doesn't mean that kita perempuan boleh lenggang-kangkung lepaskan tanggungjawab 100% kepada suami, no. Isteri masih tugasnya menguruskan hal-hal kebajikan rumah, dan suami pula masih punya tanggung jawabnya yang lain. Jangan silap.

Jawapan kepada the whole issue dekat sini mudah saja, suami isteri dinikahkan atas tujuan untuk saling melengkapi. That's what partners are for. Betul tak? Mohon betulkan sekiranya ada yang tidak betul, aku serendah-rendahnya terima dengan hati terbuka.

Macam aku sendiri. Aku awal-awal lagi dah explain dan tunjukkan dekat tunang ( before kawin dulu ) perangai aku yang sebenar-benarnya. Aku tak rajin, aku tak reti masak power-power, aku payah bangun pagi, aku tak pandai, dan banyak lagi weaknesses yang aku rasa dia wajar dan ada hak untuk tahu before we get to share our whole life together di alam perkahwinan.

Dan alhamdulillah, sikit pun dia tak kisah. In fact, dia tolong aku untuk ubah.

"Pelan-pelan," katanya.
 "Kalau penat, kedai kan banyak. Kalau tak larat basuh kain, dobi kan ada. Kalau tak larat kemas rumah, kita buat sama-sama. Kalau nak belajar masak, saya terer. Kalau benda tu kita rasa dah jadi tanggung jawab kita, insyaAllah, you'll be fine. 

Tengok saja how happy si Fouziah Gous dan Nina Sabri sebab dijodohkan dengan dua orang suami yang sampaikan kerja-kerja hidangkan breakfast dan sikatkan rambut bini pun diorang buat, tahu?


Bersyukur sebab husband ni sejenis tak kisah buat kerja rumah.  Lagipun husband pun orang biasa-biasa je.  So hal kerja rumah ni memang dia dah biasa buat since dia tinggal dengan family dia pun. :')

Tahniahlah kepada perempuan-perempuan di luar sana yang dapat suami atau bakal suami yang rajin macam ni. Tapi kepada yang tak dapat tu, janganlah dicemburukan perempuan-perempuan yang bertuah ini ya? Rezeki kan datangnya dalam bentuk yang berbeza-beza. Kalau dapat suami yang pemalas ya rabbi, anggap je rezeki korang bukan dekat suami.  Mungkin rezeki korang dekat kerja yang bagus ke, kemewahan ke dan lain-lain.

Positif dan bersangka baiklah dengan Tuhan.

Thanks for reading.
xoxo

2 comments :

  1. engkau ni memang so very the lucky star ko tahu x? untung dapat chacha..takde ke stok2 chacha utk aku...nak jugekkkk. wkwkwkwk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah weh. :D Tips dia, jangan cari yang baran aaa. Kalau takde sifat baran dalam diri dia, insyaallah semuanya ok. Aku pun taktau nak cari stok stok chacha ni kat mana. Kalau ada memang aku bagi dah kat kau. Kau dah lah cantik!

      Delete