June 18, 2015

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil Dan Menyusukan Anak

June 18, 2015
Assalammualaikum.

Alhamdulillah.  Tahun ni kita sama-sama diberi kesempatan menyambut Ramadhan.  Syoknya rasa !  Korang excited tak ?  Aku excited gila !  Ke aku sorang je yang excited macam ni ? ekekeke.  Tapi sedih sikitlah sebab first ramadhan kena puasa berdua dengan suami je.  Dan dengan baby dalam perut.  Dan dengan kucing-kucing.  Weekend baru boleh puasa sama-sama dengan family.  ( nangis bawah selimut )  Tetibe terbayang-bayang murtabak yang mak aku buat time bulan puasa.  Tetibe gambaran murtabak tu melintas sekejap dekat kepala.  T_T

Perut pun tetibe dah bunyi keriokk keriokk.  Okay,  tukar topik.  Oh aku sebenarnya nak share info sikit ni.  Aku kan tengah pregnant sekarang ni.  So banyak benda yang hari-hari aku akan google / baca twitter / baca facebook / baca blog bloggers lain sebab nak confirmation.  Antaranya pasal berpuasa semasa hamil.  Maklumlah first time mengandung kan.  Banyak benda yang aku asyik confuse manjang.  Takkan nak tanya mak aku setiap masa kan.



Excuse my fefeeling model face. ( tak sedar muka kembang semangkuk )


So tadi aku ada baca info dekat twt_parents.  Curator tu ada share sikit pasal mommies / bakal mommies yang nak puasa masa pregnant ni.

Wajib sahur.  Make sure korang dah ada bekalan kurma siap-siap dah.  Masa sahur makan 3 bijik kurma ( or more lagi bagus ) and minum air masak banyak-banyak.  Sepanjang malam pun kena minum air masak banyak-banyak jugak.  Kena make sure air cukup dalam badan sampailah berbuka nanti.

Niat.  Selain niat puasa,  mommies sekalian niat and doalah sungguh-sungguh supaya kita kuat dan diberi tenaga yang cukup untuk berpuasa sepanjang hari.  Doa jugak baby pun sama-sama dapat tenaga untuk puasa tu.  InsyaAllah,  mudahlah sikit kita nak puasa sama-sama dengan baby.

Communicate dengan baby.  Sentiasa cakap dengan baby dalam perut yang kita nak puasa.  Tell him / her bila waktu kita boleh makan semua tu.  InsyaAllah,  diorang boleh dengar.

TAPI ingat mommies, tips ni sebenarnya valid untuk pregnant mommies yang sihat dan takde masalah pape dengan kandungan.  Kalau awal-awal kandungan TAK DIGALAKKAN berpuasa sebab early pregnancy ni macam-macam boleh jadi kan.  So better don't.  Doktor pun mostly tak galakkan jugak.  Jangan degil okay mommies.  I'm watching youuu.

Kalau nak tau lagi complete pasal ni,  boleh baca dekat babycenter.  Aku suka cari info dekat sini jugak sebab lengkap.  Macam-macam info diorang bagi dekat babycenter ni.  Bersyukur betul diorang created site macam ni.

Next kita cakap pasal tips nak hadapi cabaran menyusukan anak ketika berpuasa. According to the curator,  dia dapat tips ni daripada pakar penyusuan Puan Asiah Maharam.

Pertama.  Ubah mindset daripada risau kepada excited supaya dapat merembeskan hormon Oxytocin lebih banyak dan melancarkan penghasilan susu.  Dalam erti kata lain,  kena stay positive all the time.

Kedua.  Flexible kan waktu pam.   Tak kisahlah dapat berapa oz pun,  pam je seberapa banyak yang mungkin supaya mencukupi untuk keperluan hari berikutnya.

Ketiga.  Makan kurma 5 biji atau lebih sebab kurma ada kalsium yang tinggi dan bagi tenaga sepanjang hari.  See ?  Kurma ni memang banyak betul membantu in everything kan.

Keempat.  Katakan tidak kepada ais ! No ! Nehi ! Never !  Ais sangat MERBAHAYA untuk mommies yang menyusu baby sebab ia mengelakkan zat diserap sepenuhnya oleh badan.  Okay,  aku pun baru tau sebenarnya ni.

Kelima.  Jangan skip sahur.  Makan banyak food yang berasaskan bijirin gandum, soya, milo, susu, oat, nestum, biskut bijirin and roti wholegrain.

Keenam.  Makan makanan sunnah macam susu kambing ( sangat bagus ), madu dan habbatussauda sebab tinggi zat yang diperlukan untuk produce susu.




According to blogger irine nadia kan,  susu kambing ni sedap sangat.  Cuma payah sikit nak cari and cepat je habis.  Siapa pernah try ?


Last.  Minum air at least 2 - 3 liter.  Caranya,  berbuka 500 ml,  sebelum solat Isyak 500 ml,  lepas terawikh 500 ml,  sebelum tidur 500 ml dan sahur 500 ml.

Hopefully semua tips ni dapat bantu kita bakal mommies / mommies berpuasa dengan sebaik-baiknya tanpa sebarang kemudaratan.  InsyaAllah aminnn.  Siapa taknak kan berpuasa time bulan Ramadhan.  Feel dia lain.  Tapi kalau memudaratkan, takpelah.  Kita ganti jelah k?  Takpe, demi baby.  Ni nasihat untuk diri sendiri jugak ni sebab takut-takut tak dibolehkan puasa pulak ke kan esok lusa.  Risau down pulak.  Semoga kita dijauhkan dari perasaan negatif down-down apa semua ni.  Ok?  Selamat berpuasa !

Thanks for reading.
xoxo

No comments :

Post a Comment