June 16, 2015

Tips Elak Tudung Rosak Semasa Memakai Pin Tudung

June 16, 2015
Assalammualaikum.


Korang dah bangun ke belum tewwww.  Sebenarnya sekarang ni baru pukul 6.18 pagi dan I've been sitting here mengadap laptop sebab terjaga awal.  Sebab malam tadi tidur awal gila.  Dan terlepas nak tengok My Kitchen Rules.  -______-  Siapa peminat My Kitchen Rules kita geng !


Oh bagi menghilangkan rasa creepy sebab menaip sorang-sorang di pagi buta yang hening ini wuu wuu wuu ( sound effect seram ),  aku on TV sekali.  Baruku tahu TV 3 tayang Tadarus Al-Quran pepagi macamni.  Al maklumlah pepagi memang jarang bukak tv.  In fact kalau bukan pepagi pun memang aku ni sejenis jarang tengok tv sebab taktau nak tengok apa ( kecuali My Kitchen Rules ).  Nak tengok drama pun taktau nak tengok drama apa sebab banyak sangat drama nowadays compared to last time.  Matilanakkk kalau nak follow each drama karang satu kerja pun tak jalan.  kui kui kui.


Okay.  Cukuplah dengan mukadimah panjang lebar itu.  The reason why aku mengadap laptop di pagi yang hening ini is to share dengan korang kaum hawa yang berhijab ittew tips pasal tudung !  I bet mesti ramai je kita-kita kaum hawa yang berhijab ni facing the same problem pasal tudung rosak disebabkan oleh pin tudung or brooch kannnn ?  Dah lah nak melilit tudung zap zup zap ala-ala Hana Tajima tu dah sememangnya stressful kan.  Lepas tu stress tudung tertetas sebab tersangkut pin tudung eeeeeiii.  Double stress !


Dah dah.  Girls,  jangan stress-stress dah.  Because who run the world ?  Girls ! ( ya Allah tetibenya aku ).  Ni haa tadi masa tengah scroll-scroll newsfeed Facebook terjumpa ada this one tips pasal kes ni lah ! Kes tudung rosak sebab pin tudung grrr.  Setelah 26 tahun hidup baru sekarang ku tahu pasal tips ni.  LOL.  Okay, jom mula.


Mula-mula of courselah kena ada pin tudung korang yang glams tu.  Dan getah.  Getah biasa yang aunty nasik lemak korang bungkuskan breakfast korang tuuu.  Haa guna getah tu je okay.




Lepas tu korang gunting getah tu kecik-kecik macam dalam gambar ni.





Final part,  korang cucuk bahagian getah yang korang potong kecik-kecik tadi tu dekat pin tudung / brooch korang.  Macam ni...




Dan...  siappp !


Hah ! Senang ke idokkk ?  Tak pernah terfikir pun nak buat macam ni sepanjang berhijab.  Selalunya memang redho jelah tudung tertetas ke apa.  Kalau tudung mahal tertetas lagilah masyaAllah berkecai remuk hati ini.  Tapi sekarang tak lagi ecewah.  Selamat mencuba korang !


P / S :  Thank youuu to those yang klik nuffnang kita !  Nanti kalau aku tak busy sangat ( busy nak sambut ramadhan + nak pindah rumah ) aku akan blog walking & klik nuffnang korang balik hokehhh ?  Leb yuolls !  Selamat menyambut Ramadhan in advance !


Thanks for reading.
xoxo


No comments :

Post a Comment