June 2, 2015

Tips Mencari Duit Poket Dengan Modal Yang Kecil

June 2, 2015
Assalammualaikum.

Sebenarnya masa aku menaip ni jam dah pukul 3 pagi deknon. Ni semua angkara tertidur senja tadi. Padan muka sekarang terpaksa berjaga sorang-sorang sebab mata taknak bagi kerjasama. -___-

Eh eh. Kita perasan hari hari bilangan followers kita makin bertambah lahhh ( kantoi hari hari check followers wakakaka ) . Masa last stop berbelog dulu ada 165 followers je. Dan bilangan tu terus statik tak naik naik dah selari dengan perangai tuan empunya belog ni yang dah tak menulis langsung dekat sini angkara malas. Sekarang dah naik sikit. Alhamdulillah. Terima kasih ek sebab sudi follow belog yang tak seberapa ni ( follow dan baca tau. kalau tak kecik hati akak :p ). Meh akak hadiahkan satu pelukan padu untuk korang sebagai tanda terima kasih. *peluk* :')





.....

Bagi menambah duit poket sikit sikit ( duit untuk shopping, simpanan dan duit untuk boros boros kih kih kih ), aku ada buat bisnes kecik kecik. Aku dari dulu cukup suka buat bisnes kecik kecik macam ni. Dari zaman universiti lagi. Sebab mak aku ni jenis yang tak berapa suka aku buat kerja part time macam kerja fast food ke, butik ke, promoter ke. Ada lah dalam dua kali seumur hidup aku buat kerja part time macam tu. Satu jadi promoter dekat kedai kodak. Satu lagi jaga butik. Itu pun tak sampai dua bulan sebab mak aku suruh berhenti. Wakakaka. Mungkin dia tak sanggup tengok aku penat sangat kot. Yela, kerja-kerja macam tu kan selalunya start dari pukul 10 pagi sampailah 10 malam kan. Lepas balik kerja je memang aku terus masuk bilik tidur je cite dia. Mak aku pancing dengan makanan pun aku buat derk je. Penat nikhirim.


That's why setiap kali cuti semester, aku akan duduk terperuk dalam bilik mengadap laptop doplohpat jam sampailah cuti sem bukak. Boring gila weh. Aku dah lah anak bongsu. Dua beradik je dengan abang aku. Nak ajak dia main masak masak pun rasa tak patut.


So, setiap hari boyfriend lah ( masa tu boyfriend lagi, belum kawin ) yang jadi tempat aku mengadu kebosanan selain member member. Dia redho je aku whatsapp dia setiap saat time dia tengah kerja. Aku pulak pura pura macam tak faham yang dia busy. Kah kah kah.


Lama lama boyfriend aku cadangkan aku meniaga kecik kecik. ( mungkin dia dah muak dengar aku mengadu bosan kot. koh koh koh ) Dia suruh aku meniaga t shirt. Dari hal modal dan segala yang berkaitan dengan duit semua dia tanggung. Tugas aku cuma design dan promote je.



Ni lah design t shirt yang aku jual. 


Memandangkan aku ni bukan seorang yang kreatif bab bab design ni, so aku buat tiga design ni je. Itu pun macam nak nangis fikir idea. Wakakaka. Kitorang gamble je print berapa ratus helai ntah masa tu, tak ingat. LICIN HOKEHHHHH. Mostly pembeli semuanya strangers.


Mungkin sebab kengkawan suami aku mostly writers. So bab promotion memang alhamdulillah, semudah ABC gitu. Tapi aku promote kaw kaw jugak sebenarnya. Hari hari aku paksa orang beli. Kah kah kah. Seronok gila bila ingat balik masa tu. 


Macam yang korang tau, sekarang pun aku ada buat bisnes kecik kecik jugak. Kali ni aku jual buku buku indie. Buat masa sekarang ni aku ambik buku buku Dubook Press je dulu. Kalau ada respons mencanak canak memang aku akan tambah dari publishers lain pulak. Aku seronok meniaga buku indie ni sebab crowd dia best. Sangat supportive. Lagi satu sebab mostly owners and writers diorang member member kitorang jugak. So siapa lagi nak support member kalau bukan member member jugak, ye dak?




 Stok buku baru sampai tadi. Lepas setel packing semua, ni je yang tinggal.




Dah selamat diposkan kepada customers tadi.



Untuk pengetahuan korang, aku baru je meniaga buku ni tak sampai seminggu pun lagi. Saja nak try try. Alhamdulillah, respons okay sangat-sangat. Ada jugak yang dah apply jadi dropship under Sindiket Buku ni. Kalau dengan Dubook Press, diorang ada kenakan jumlah buku yang korang kena ambik. Kalau modal korang tak banyak dan korang cuma nak meniaga buku buku ni dengan modal yang kecik, bolehlah contact Sindiket Buku eh. Korang nak ambik satu buku pun kitorang terima. Eh termeniaga pulak. Wakakaka.


P/S: Haritu suami aku cerita dekat aku. Dia borak borak dengan sorang businessman ni. Dia tanya macamana permulaan dia meniaga. Laki tu cakap starting modal dia meniaga cuma RM 10 je. Dia jual barang tu dekat mamak kedai makan. Dapatlah dia jual dalam dua tiga barang. Dengan duit untung berbekalkan modal RM 10 tadi tu, dia dah jadi usahawan dah sekarang ni. Dan umur dia baru 23 tahun ( tahun ni ) . Dia pesan, "You kalau nak meniaga, you meniaga betul betul. Tuhan mesti tolong. Dia takkan kasi you mati punya."


Korang takde buat bisnes kecik kecik ke? Kalau ada meh lah share sini. Nak tau jugak pengalaman korang meniaga. Best tak? Hehe. Aku tengah taip laju laju ni sebab mata tetibe dah mengantuk macam apa je ni. Nak tido! Okay korang, bye!


Thanks for reading.
xoxo


7 comments :

  1. Bagus gak bisnes camtu, bebas sikit ^-^

    ReplyDelete
  2. say pun ade buat bisnes online, hmm tp lepas gst ni makin susah nk meniaga..

    Jom Terjah : Bukti cukai GST di Malaysia naikkan harga barang


    ReplyDelete
  3. Dunia Zumal: Best sangat! Nak nak kalau produk yang kita jual tu produk yang kita minat haa.

    ReplyDelete
  4. Nabihah Arrose: Haah awak. Bisnes kecik kecik je. :)

    ReplyDelete
  5. Khalid Kyle: Kena pandai cari supplier jugak. Ada supplier yang still kekalkan harga sama. :)

    ReplyDelete
  6. opsss feveret kita. isk i've got to buy yang hikayat calaqisya tu. lama dah usha haha

    ReplyDelete