July 13, 2015

Debaran Bersalin Awal. Apa Perlu Buat?

July 13, 2015
Assalammualaikum and hi.

Setelah berkurun meninggalkan belog terkontang kanting bersendirian di sini, akhirnya Cik Haziqah sedar diri lantas cepat-cepat memikirkan idea apa yang perlu di-update LOL. 

SO SORRY EVERYONE!

Dari sehari ke sehari nak update entri tapi tak kesampaian sebab busy dengan preparation raya. OMG korang raya is just around the corner jadi marilah kita excited bersama-sama! Okay tipu. Terus terang, I'm not in the mood sangat to celebrate raya this year sebab I'm currently pregnant and sedang sarat gitu. Tapi dalam-dalam takde mood tuh, I still do my shopping raya HAHAHAHA gelakkan dia gelakkan dia.



Walaupun takde mood nak celebrate raya katanya, ootd tetap ootd LOL (siap acah-acah tak pandang kamera umpama hijabsters)


Lately I'm facing this problem di mana I kerap buang air. Like sangat kerap. Masa pusing-pusing mall pun I macam tak terdaya nak jalan lama-lama sangat sebab baru jalan 5 minit dah terasa nak buang air. Tapi surprisingly bila duduk rasa nak buang air tuh terus hilang macam #magicsim eh tak tak macam magic je takde sim. Sebelum nih I ada je jalan banyak-banyak during pregnancy ke hulu ke hilir usung perut tapi takde pulak perasaan nak terkucil all the time. 

After I tersedar fasa mengandung I kali ni berlainan sikit compared to my first and second trimester, I cepat-cepat cari info dekat google. And alhamdulillah I sangat lega bila baca pengalaman mommies out there saying that bila dah sarat memang kita akan rasa nak terkucil manjang and it is sooo normal. 

Tapi dalam lega-lega tuh, I ada sikit rasa cuak. Okay tipu. Sebenarnya I rasa cuak yang sangat banyak. Apa yang I baca, kalau dah ada rasa macam tuh, kemungkinan tuh tanda-tanda kita dah nak bersalin! According to my gynae, insyaAllah I akan bersalin awal September (8 September). Tapi sekarang baru Julai jadi kenapa I dah ada tanda-tanda ni kenapa kenapa kenapa (sambil tangan usap perut tanya baby kenapa you nak keluar awal tak takut ke mummy you yang garang ni?!!)




Dan satu lagi simptom lain yang I rasa ialah baby is getting very active dan sangat penuh dalam perut. Before this baby active jugak tapi not all the time lah dia active. Sekarang nih dia punya active tuh ya rabbi sampai tersentak-sentak I dibuatnya. Kadang-kadang masa tengah jalan I terpaksa buat awkward move macam tetibe tengah jalan gelak-gelak terus berhenti time-time tuh jugak sambil pegang perut. Pastuh siap tarik nafas hembus tarik nafas hembus slow-slow tengah-tengah orang ramai tuh T_T . Tapi I buat cover-cover lah takdelah I buat over macam dalam drama tuh hahaha.

Pastuh baby sangat memenuhi setiap ruangan dalam perut ye. Dulu kalau baby gerak boleh nampak timbul sikit-sikit je. Sekarang nih ambik kau boleh nampak seketul-seketul macam tuh. Kadang-kadang geram sangat sampai rasa nak tangkap je segala tangan kaki dia apa semua tuh masa dia tengah actively bergerak LOL. 

Okay back to the main topic.

Sebenarnya I tak buat preparation apa pun lagi untuk sambut baby ni T_T . Cadangnya nak beli semua kelengkapan baby lepas raya ni sebab before this I dah busy shopping untuk preparation abang I kahwin, pastuh preparation untuk pindah rumah, lepastu preparation untuk raya and preparation untuk family day masa raya ketiga nanti. So I nak tunggu rileks-rileks baru I nak shopping barang baby. Sebab tulah I cuak gila bila lately I ada tanda-tanda macam nak bersalin awal macamni. Awal sangat pulak tuh. Baby, bagilah mummy rehat dulu wuwuwu T_T

Hopefully baby keluar time I dah betul-betul ready buat preparation untuk dia aminnn (korang cepat amin together). Ada ke sesiapa yang ada pengalaman bersalin awal sebulan ke dua bulan dekat sini? Masa tuh korang dah buat preparation untuk baby ke belum eh? Sharelah sikit untuk first timer yang macam I nih huhuhu.



Problem perempuan pendek : Pakai jubah mesti tak nampak kaki (nak tayang kasut pun tak boleh wakaka)





Okay inilah gambar perutku yang sebenar. Excuse my pusat, dah tak boleh cover dah LOL


Thanks for reading
xoxo

2 comments :

  1. Semoga dipermudahkan.. Amiin..

    Nak jadi bloglist Yaya tak?

    http://stnrsyfh.blogspot.com/2015/07/pencarian-bloglist-review-blog-ogos.html

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan :)

    Comeynye lahai mommy to be ni
    Tak sabar nak tgk baby (^_^)

    _____________________

    Reply Your Comment at http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/2014/12/officially-wife.html

    Terima Kasih (^_^)

    ReplyDelete