July 6, 2015

Tempat Shopping Baju Raya Paling MURAH Yang Korang Kena Visit!

July 6, 2015
Assalammualaikum and hi

Siapa yang kenal I, diorang mesti tahu yang I ni sejenis perempuan yang suka meniaga. Asal nampak benda yang boleh dijualkan, otak akan serta merta plinggg timbul mentol atas kepala (and timbul jugak simbol kachinggg dekat mata kah kah). 

Dulu masa I kerja full time pun I akan selitkan sikit masa untuk meniaga kecik-kecik walaupun kerja I tu busy sebenarnya. I rasa macam kosong kalau tak meniaga 'eleh padahal you need extra money untuk shopping sebab kau kuat shopping kan Haziqah bhahaha.'  Haa itu pun one of the reasons jugak kenapa I suka terjerumus dalam dunia bisnes ni. I KUAT GILA SHOPPING. Dah macam ala-ala confession of a shopaholic pulak rasa ecewah ewah ewah *nari kuda kepang tetibe*

TAPI kalau I ni jenis kuat shopping and jenis lenjan barang-barang yang I beli tuh sampai akhir hayatnya takpelah jugak. But sadly, no. Most of my things I akan pakai SEKALI DUA je pastuh terkepamlah ia di dalam almari buat selamanya.





Selalunya barang yang I beli and akan selamat dikepamkan di dalam almari semestinya baju. I ada satu habit yang tiap kali ada occasion macam kenduri ke apa, I mesti nak beli baju baru. Padahal I tahu yang end up I akan pakai baju tu sekali tu je T_T. Siapa yang berperangai sama macam ni marilah kita peluk berkumpulan. Haippp yang lelaki tak payah.

Contohnya macam baju lace ni. I pakai masa I kena jadi pengapit masa dua tiga tahun lepas. Beli kain dekat Bandung pastuh tempah dekat tailor pastuh pakai sekali je. T_T












Yang ni pulak I beli untuk pakai raya last year. Tapi raya duduk rumah je tak berjalan mana. Sempat pakai sampai tengahari je. Sebab tu nampak macam baruuu.









I suka pergi butik ALMAREE ni. Koleksi baju-baju dia untuk raya sangatlah mengujakan!



Skirt shocking pink ni pun I beli dekat butik ALMAREE. Sedap sangat pakai.





I padankan skirt shocking pink ni dengan this top from Nichii. I pakai untuk raya kedua last year and pakai untuk pergi kenduri sekali. 














Skirt ni pun I pakai sekali je wehhh. Bila taip entri ni baru tersedar yang diri ini kuat membazir and baru realized yang most of my baju I pakai cuma sekali dua je. Yelah selalu kan terkepam dalam almari so tak perasan sangat T_T



I ingat lagi I nak beli skirt nih sebab masa tuh tengah trend ah skirt ni. Pastuh bila dah dapat merasa pakai sekali terus dah tak pakai dah bhahaha




Melihatkan baju-baju raya ku ini yang kesedihan terkepam di dalam almari, maka timbullah mentol di kepala plinggg why not I buat preloved koleksi baju raya kan. Seriously I memang dah tak pakai dah. Nak nak pulak sekarang tengah pregnant so bila masanya I nak pakai baju-baju ni semua T_T

Kalau korang ada berkenan dengan mana-mana baju yang I post di atas, sila lah visit my ig (omg annoyingnya ayat visit my ig ni) @june6thstore @june6thstore @june6thstore 





Selain koleksi preloved baju raya, I juga ada jual blouses preloved which is baju-baju kerja I dekat @june6thstore tuh. Oleh itu silalah follow instagram ku itu to keep yourself updated (dan beli also lah kan ekekee).

KeluhKesahMakEsah : I belum pos lagi hadiah-hadiah for the giveaway winners tuh maigod so sorryyyy. Will let you guys know bila I dah pos okay. 

Thanks for reading
xoxo

2 comments :

  1. kak .... *peluk berkumpulan*

    Ada jugak penah terfikir nak buat acc untuk preloved, banyak sangat ah ni, Semak je, bukan pakai pun hohoh

    Btw ada stalk ig akak tew, blaus grid kale putih tu looksss nicee. Ala ala soft grunge *mata bersinar* Mana nak dapat ek baju ala ala camtu, T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. *peluk* hahaha. Akak banyak baju yang sekali je pakai pastu terkepam dalam almari bertahun-tahun sampailah buruk. Tu yang akak start jual tu sekarang ni sebab kalau simpan pun rugi jugak kan haha.

      Oh baju tu akak beli dekat Setia City Mall. Nama kedai tuh Hi Style. :)

      Delete