June 13, 2016

Pengalaman Makan di Restoran D Terapung Ikan Bakar Port Dickson

June 13, 2016
Masa sambutan birthday i yang lepas di entri ini , the next day Daddy tanya i teringin nak makan apa. Bila dah ada tepi laut tu of courselah selera si tembun ini tiba-tiba bertukar nak makan seafood. Tetibe sangat. Tapi awal-awal dah memang tolak siap-siap dah taknak makan area Teluk Kemang sebab nak tukar angin pulak. Jadi malam tu lepas puas berendam kuak lentang segala bagai anak-beranak dalam pool, kitorang pun gerak untuk pergi dinner di . . .




Sumber gambar daripada belog INI.


Mula-mula kitorang nak makan dekat Medan Ikan Bakar MPPD. Medan Ikan Bakar MPPD ni dia macam foodcourt yang ada banyak-banyak kedai at one place. Pastu masa kitorang tengah discuss nak duduk mana tetibe i ternampak ada restoran cantik dekat belakang Medan Ikan Bakar MPPD tu. Bila tengok condition Nedzrin yang mungkin akan amukan ablasa sebab Medan Ikan Bakar MPPD tu pasang lagu kuat gila macam nak pecah gegendang telinga, so we decided untuk makan di Restoran D Terapung Ikan Bakar ( located di belakang Medan Ikan Bakar MPPD ) . 

Sebenarnya after we had our dinner kat sini i terus google pasal restoran ni. Mostly bagi bad reviews pasal restoran ni. Makanan sampai lambatlah, servis teruklah, restoran selalu penuhlah. Mungkin disebabkan kitorang pergi bukan waktu public holidays, jadi tadaaaa lihatlah restoran kosong takde orang pun. Perangai gemuk terserlah sebab kengkonon bila restoran kosong jadi bolehlah kau makan semua makanan kat situ sorang-sorang kah kah.






Disebabkan diri ini asyik nak fefeeling je kejenya jadi kitorang pilih table paling tepi menghadap laut. Oh ya, restoran ni sebenarnya betul-betul terapung atas laut dan sebab tulah ia dinamakan sebagai Restoran D Terapung Ikan Bakar. Nampak tak i beriya explain taktau asal.

 View laut dan sunset. Cane lah tak fefeeling kalau view camni?!

Daddy takleh fefeeling sebab kena dukung Nedzrin LOL.



Sama konsep dengan restoran seafood yang lain jugak, kat sini pun kita kena pilih seafood yang kita nak pastu request diorang masakkan.

 Masa tengok gambar ni i gelak berguling sebab NAPE SUAMIKU TERLINDUNG DI BELAKANG BATANG BULUH ITU?! I was like cane weh he can fit di sebalik buluh walhal buluh kan kecik? Adakah ini bermakna badan suamiku cuma senipis batang buluh kah kah!




Disebabkan kitorang cuma makan berdua je ( dan Nedzrin hanya mampu telan air liur di tepi ), so kitorang order lauk sikit je.

 Sebab nama pun restoran ikan bakar, wajiblah cuba ikan bakar dekat sini kan. Macam ni kitorang order siakap ikan bakar.

 Ni pun lauk wajib jugak. Udang goreng tepung. Ini memang PALING FAVOURITE sebab weh sedap gilaaaa!

Ketam masak cili. Masa ketam ni sampai kitorang macam sedikit downlah sebab memasing dah bayangkan ketam bercili warna merah bukan hijau. Tapi asal dekat belog Kak Suraya Sulatin dia dapat ketam bercili kaler merah napeee tsk tsk. T _ T  Terpaksa potong markah sikit.




Total lauk pauk untuk dua orang ni dalam RM 150.00 ++ . Harga standard. Tapi pasal orang komplen makanan sampai lambat apa semua tu memang betul sebenarnya. Masa makanan kitorang sampai air memasing dah tinggal suku cawan ( pastu cawan kecik pulak ) walhal masa tu kitorang je kot yang ada kat situ tapi still lambat. I dah dapat bayangkan dah cane kalau restoran tu penuh, mesti kena order bergelas-gelas air. Kalau sejenis perangai kekampungan macam i ni memang i akan bawak bekal air sendiri dari rumah siap-siap wakakaka.




Bye.


2 comments :

  1. hish. terliur pulak teringat ketam bercili ni
    dah malam buta mcm ni mana nak carik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaa famous blogger komen kita lahhh. Terharu!

      Delete