April 5, 2016

Pregnancy Journey: Kenapa Buku Merah Penting ?

April 5, 2016
Hi.

I terkenang-kenang lagi perasaan masa i bersalin last year.  Last year bersalin tapi 2016 baru teringat nak update blog muahaha.  Kuang asam betul aku ni.  Kesian dekat peminat peminat i yang ternanti nanti update daripada i hahahaha.  Pergh lepas bersalin macam makin 'short' pulak otak i nih. Adakah ini kesan daripada urat urat yang terputus masa bersalin haritu?  Adakah?  Adakah? (tiru gaya cakap budak sekolah yang viral tuh)

Okay.  Sebenarnya i saja nak share pengalaman i sepanjang pregnancy last year secara tulus ikhlas untuk rujukan wanita-wanita di luar sana supaya korang tak jadi macam i nanti.  Nak nak pulak untuk korang yang baru first time pregnant, i jamin korang sangat memerlukan this kind of sharing.  Sebab masa i pregnant, banyak sangat info yang i naaaaak sangat tapi i tak jumpa pun orang share.  Banyak benda i terkontang kanting buat sendiri sampai kena marah dengan nurse hospital pun ada.  Tanya mak i pun dia banyak lupa dah sebab dia pun dah lama stop bersalin.  Eh?  hahahaha.  So the only rujukan yang i ada ialah google je.  Tu pun tak banyak.

Monthly checkup.  Bila nak kena start buat monthly checkup ?  Sebulan after korang dah dapat confirmation daripada doktor yang korang memang pregnant, korang dah boleh start bukak buku merah dah.  Buku merah tu untuk rekod monthly checkup korang.  I memula dulu plan nak bersalin dekat private.  So i tertanya tanya jugak kalau bersalin dekat private kena ke bukak buku merah jugak?  Buku merah ni rekod untuk orang yang nak bersalin dekat gov.  So i pun google.  Ada yang cakap buku merah ni wajib bukak walaupun kita nak bersalin dekat private sekalipun.  Ada yang kata tak payah.  I pun pening mula - mula.  Tapi bila i dah mengalami sendiri, i sangat - sangat nasihatkan korang supaya WAJIB BUKAK BUKU MERAH.  ( i taktau kenapa diorang panggil buku merah padahal buku tu warna pink  - _ - )



Buku merah dan ibu mengandung memang tak dapat dipisahkan.  Buku merah jangan lupa bawa moga - moga belum tamat tempohhh ~

Kenapa WAJIB bukak buku merah ?  Tak kira lah korang bersalin dekat private or tak,  i sarankan korang bukak je buku merah siap - siap.  Meh i cite kenapa.  Macam kes i, masa dah hujung - hujung pregnancy, i tukar hospital.  Kelam - kabut tak kelam - kabut jugaklah tetibe lagi seminggu nak bersalin i kena tukar hospital.  I plan memula nak bersalin dekat hospital pantai, ampang.  Tapi last minute doktor transfer i ke hospital ampang ( gov ).  Masa tu i dah cuak dah sebab i takde buku merah !  Nasiblah doktor i tu baik, dia siap tuliskan surat kenapa dia transferkan i ke hospital ampang sebab dia taknak i kena marah nanti.  Dia kata nanti kalau nurse sana bebel - bebel sebab lambat bukak buku merah just pekakkan telinga je hahahaha.  Doktor pun tau nurse gov suka bebel :p

Dekat hospital gov, kalau korang takde buku merah, diorang mesti akan suruh korang bukak buku merah jugak tak kiralah korang dah nak terberanak minggu depan ke apa.  Punyalah penting buku merah ni.  Lepas je i ditransfer ke hospital ampang, i terus kena pergi the nearest klinik kerajaan untuk buat buku merah.  Nanti korang refer dekat nurse hospital tu, tanya diorang kalau korang duduk dekat alamat sekian sekian, korang kena pergi checkup dekat klinik mana.  Kang nanti korang pergi sebarang klinik kerajaan kang tetibe kena halau balik pulak.  Dah lah tengah sarat, kena halau pulak tu.  Tak ke sadis . .



Surat rujukan daripada doktor i dekat pantai untuk tukar hospital.  Tukar hospital 24 Ogos, i bersalin 2 September muahahaha.



Rekod dekat hospital ipoh pun i ada sebab masa ni tengah beraya dekat rumah mak mertua, pastu perut macam tak sedap.  Tu yang checkup dekat sini.



Macam nilah rupa buku merah i.  Tak kemas langsung sebab i buat checkup dekat banyak tempat, nurse compile semua rekod monthly checkup i dalam buku merah ni.  Terus huduh buku aku T _ T

Dulu i pandang remeh je pasal buku merah ni.  I ingat, ' alah, i bersalin dekat private nanti.  Buat apa nak bukak buku merah. '  Masa depan mana kita nak tau kan.  I punyalah confident nak bersalin dekat private, sekali siapa sangka i kena transfer hospital masuk gov seminggu sebelum bersalin.  Haa amek kauuu kucar - kacir buat semua checkup dalam masa satu hari.  Dah lah ramai orang, kena tunggu lama, kena buat banyak checkup dalam satu hari, tengah sarat lagi haa bayangkan lah.  Kalau i dah ada buku merah siap - siap masa tu mesti pregnancy journey i akan lebih manis dan lebih rileks gitu.  Sarat - sarat dok rumah je mintak mak ke husband ke picitkan kaki muahaha.

Nanti i cite pulak kenapa i kena tukar hospital, okay ?

Thanks for reading
xoxo

No comments :

Post a Comment