April 8, 2016

Pregnancy Journey : Pengalaman Tukar Hospital Bersalin Last Minute Ke Hospital Ampang

April 8, 2016
Hi.

Ini adalah kesinambungan cerita i tempoh hari di SINI .  Baca tau, penat i tulis sambil dodoi anak wakakaka okay cukup.


nilah Hospital Ampang tempat i bersalin dulu. dekat sejengkal je dengan rumah i.



Kenapa i tukar hospital bersalin last minute ?

OMG terus terang cakap, that was my worst nightmare ever !  Can u imagine lagi seminggu nak bersalin i terpaksa tukar hospital ??!!  Macam Ya Allah dugaan apakah ini ??!!  gituu macam sinetron.  Macam gini sebenarnya.  Masa sebulan terakhir mengandung, i dah start check up dekat hospital pantai dah, hospital yang i booked untuk bersalin.  Every week i kena check up situ.  Masa tu tinggal lagi dua kali appointment je lagi.  Pastu i dah boleh bersalin dah.  Tetapi, tetibe drama pun bermula.  Masa my final appointment, doktor lelaki tu scan perut i ( tak ingat nama doctor ) and he told me that my baby masa tu dah 3.7 kg .

At first i tak pikir apa pun, i macam happy je dalam hati ' whoaaa demok ngat baby aku ni bila lahir nanti, mesti sume orang nak lambung ' .  Rupanya kalau baby dah almost nak cecah 4 kg, kita sebagai bakal mak ni jangan nak seronok berangan - berangan sangat eh.  Itu masalah sebenarnya.  Jangan nak berangan nanti dia lahir demok sume suka lambung eh.  Sebab daripada boleh bersalin normal, terus doktor suruh kitorang set date untuk caeser T _ T .

Actually it's like this.  Untuk private hospital, kalau baby korang besar ( 3.5 kg above tu consider besar dah ) diorang immediately nak caeserkan korang sebab diorang taknak tanggung risiko in case pape jadi masa dalam labour room nanti ( baby sangkut etc ).  If anything happen, nanti diorang kena saman pulak.  Kita mesti selalu dengar kan orang selalu cakap ' alah kalau private mesti nak caeser walaupun anak tak besar ' .  Ya, betul.  Diorang taknak ambik risiko, sebab tu diorang selalu suggest patient untuk caeser je habis cite.

Berbeza dengan hospital kerajaan, selagi baby korang tak sampai 4 kg dan takde sebarang masalah yang menyebabkan korang takleh bersalin normal, seboleh - bolehnya diorang akan galakkan u untuk bersalin normal.  Sebab tu lah kadang - kadang tu ada yang memilih private hospital sebab they can choose sama ada nak normal atau caeser.  Kalau kita pilih caesar lagi lah mereka bahagia sebab kachinggg ( paham kan paham kan ) . Jadi begitulah.  Pilihan di tangan anda ya Allah tetiber lagi.

Untuk kes i, doktor predict yang i akan bersalin sama ada on the 31st August or 1st September 2015. So dia suruh i pilih date memana untuk caeser.  Masa tu baru lah i nak start emo whatsoever sebab i memang tak prepare pun nak caeser ke apa.  After all this while I confident gila yang i akan bersalin normal kot.  CUAK GILA OKAY.  After beberapa lama berdiskusi dengan doktor lelaki yang i tak ingat nama itu, akhirnya he suggested me untuk tukar hospital.  Dia kata normally gov hospital akan accept kes macam i ni sebab gov sangat galakkan normal delivery selagi baby tak cecah 4 kg. Kiranya kalau baby u masa tu 3.9 kg pun dia akan suh u try normal dulu then baru caeser kalau dah takleh.  Kat sini lah pulak kita boleh nampak kemanisan hospital kerajaan.

Di sini lah bermulanya journey i tukar hospital . .

After i dah consult dengan doktor from hospital ampang, dia suh i start dari awal balik.  I kena buka buku merah, check up dan sebagainya.  Pastu i ada appointment jugak dengan hospital ampang. Masa scan dekat situ, doktor tu kata ' eh your baby okay jelah, baru 3.3 kg, where got 4 kg ' .  Pastu i pun bebel dekat doktor tu potpetpotpet emo dengan doktor yang predict baby i 3.7 kg and doktor tu pun join sekali emo dengan i.  Sambil - sambil dia scan perut i dia pun emo sekali pasal tempat letak kete dia kena curik wakaka.  ' u tau tak i hari -hari park kete i kat situ tapi tadi tetibe ada orang park situ jugak.  Terus i lambat masuk keje sebab cari parking kete baru ' sambil dia pusing - pusing scan perut i cari kedudukan baby.  Multitasking sungguh hahaha.


 Ni gambar baby masa i buat scan 3D and 4D ( video ).  Boleh baca SINI .


Begitulah pengalaman kurang manis i yang terpaksa tukar hospital di saat -saat akhir pregnancy. Sebab tu lah i kata SANGAT PENTING UNTUK KORANG BUKA BUKU MERAH from gov hospital.  Kalau jadi kes macam i ni, kalau korang dah ada buku merah, korang boleh rileks je dekat rumah tunggu masa nak bersalin.  Takyah susah - susah nak kena check up bagai.  Nak bersalin dekat memana pun boleh.  Kalau korang nak bersalin dekat private pun buat je lah buku merah tu jugak untuk kesenangan korang di masa depan. Kalau korang tak guna buku tu pun takpe, korang masih boleh simpan dan jadikannya pekasam takde sape marah bhahaha.


Siap tutup mata eh geram nih


Tapi nightmare i tak berakhir di sini ye korang.  Perjalanan ku tidak terhenti di sini hahaha AF sangat tetiberrr.  Apa jadi dengan i masa dalam labour room ?  Berjaya kah i ?  Konflik apa lagi yang dihadapi ? Nanti i cite lagi sebab labour room story takleh letak under tajuk pregnancy journey nanti orang confuse kah kah bajettttt gilerrrrr.  Saja je nak compile cite pregnancy, labour room and birth story dekat sini sebab nak diabadikan.  Kalau tak tulis sini kang satu persatu memori hilang.  Kang anak tanya pengalaman mummy bersalin ke apa tetibe takleh jawab, sian dia kecewa.  Kalau tulis dalam belog, anytime kalau anak tanya pasal pape, i tinggal bagi dia link belog je suh baca bhahaha.   ' Nah baca belog mummy daboolivinglife.blogspot.my nih, pastu jangan lupa share, tweet and komen sekali kah kah ! '

Bye korang !

No comments :

Post a Comment