April 14, 2016

Resepi Untuk Korang Yang Tak Reti Masak!

April 14, 2016
Wah tajuk entry dah macam ' eh kau tak reti masak ke? Takpe, takpe.  There's always something untuk orang-orang yang tak reti macam kita nih '.  So there you go.  Si amatur ini buat entry tentang masak-masak untuk mereka yang tak reti masak.  Harap ada yang sudi percaya wakakaka.


Let's jump to the recipe ! Okay cepat jump sekarang kang resepi tak menjadi okay hambar kau diam sekarang haziqah.




Ini sahaja bahan-bahan yang kita perlukan.


Peranan setiap bahan di atas:

Bawang besar dan bawang putih.  Bagi tujuan tumisan.  Tumisan ialah situasi di mana kita panaskan sedikit minyak ( roughly macam 7 ke 8 sudu besar ) di dalam kuali.  Bila minyak dah panas, kita masukkan kedua-dua bawang ini bersama.  Inilah yang dinamakan tumisan.


Cili yang siap di-blend.  Kalau korang malas nak beli cili kering kemudian blend, korang beli je cili giling yang dalam paket-paket tu.  Pastu simpan dalam tupperware siap-siap.  Bila nak masak terus je keluarkan dari fridge.  Mudah betul hidup.  Kalau taknak beli cili giling paket-paket, korang beli cili kering pastu rendam dalam air panas.  Agak-agak dah lama tu korang tapis cili kering tu ( buang biji cili kering sebab tak elok ) dan kemudian blend sampai lumat.  Haaa gitulah serba sedikit perihal cili giling.


Ikan bilis.  Inilah watak utama dalam masakan kita.  Kalau takde ikan bilis maka tiada maknalah masakan kita ini ya sebab ikan bilis ini bertujuan untuk mengenyangkan kita sekejap lagi LOLOLOL padahal semua makanan pun berperanan untuk mengenyangkan sebenarnya.








Dah tahu kita nak masak apa ke tewwwwww?  Tepat sekali !  Sambal tumis ikan bilis !




Sesi potong-potong.





Potong bawang putih dan setengah bawang besar.  Ini untuk sesi tumisan nanti.  Potong halus-halus tau.  Kalau rajin lagi bolehlah blend.  I malas nak basuh blender jadi I potong sekumpulan bawang ini manually.  Lihatlah, buruk sungguh rupanya.







Potong bawang besar.  Ya,  bawang besar itu memang dipotong kasar.  Risau jugak nanti tetibe ada yang judge ' eh teruknya dia ni potong bawang, kasaq-kasaq padiaaaa '.  Padahal watak diorang bukan untuk tujuan tumisan tapi untuk dimasukkan together dengan ikan bilis nanti.  Nanti takdelah sambal tumis korang tu nampak togel je sebab ada bawang merah menemani. 



Proses memasak ( tiada gambar ) :


Panaskan minyak.  Minyak dalam 6 - 7 sudu.  Jangan letak minyak banyak sebab nanti oily pastu nanti korang gemuk dan tak sihat.  Jadi letak sikit je dah memadai.  


Tumis bawang.  Ingat tak sesi pembelajaran kita tentang penumisan tadi ( wah tak habis-habis wakaka ).  Okay sekarang korang dah boleh tumis sekumpulan bawang korang tu.


Masukkan cili giling / blend.  Kalau korang nak sambal korang tu pekat, masukkan banyak cili giling tu.  Macam dua senduk macam tu.  Sorrylah sebab si amatur ini tak reti nak bagi sukatan kuantiti bahan masakan secara tepat.  Main sesuka hati je bagi sukatan guna senduk sudu bagai wakaka.  Tapi korang paham kan korang kan?  


Masukkan ikan bilis dan bawang besar.  Bila sambal korang tu dah pecah minyak, korang dah boleh masukkan ikan bilis dan bawang besar korang itu.  Pecah minyak tu maksudnya ada keluar minyak dekat tepi-tepi sambal korang tu, which means sambal korang tu dah masak dengan cukup.  Paham tak?  Cewah asyik tanya paham tak paham tak je.  Proses memasak cili ni sebenarnya level sukatan sama ada sambal tumis korang tu sedap ke tidak.  Kalau cili tak cukup masak, nanti sambal tumis korang mesti takde ' kick ' pastu nanti korang sakit perut makan cili tak masak.  Jadi petuanya make sure sambal korang tu BETUL-BETUL MASAK.  Oh lupa.  Masa tengah masak sambal tu, korang boleh masukkan air sikit-sikit sebab taknak bagi hangus.  Kalau korang nampak macam sambal korang tu dah nak dekat hangus haa masukkan air cecepat.  Kalau nak berkuah boleh masuk lebih sikit.  Jadi begitulah petua yang tak berapa nak petua yang I boleh bagi.



Jangan lupa letak garam, sedikit gula dan perasa !



Jadi beginilah hasil sambal tumis ikan bilis daripada si amatur ini. . .






Untuk yang kengkonon macam nak diet tu, bolehlah cicah roti paratha bersama-sama sambal tumis korang tewww.





Okay dah lapar.  Bye !


No comments :

Post a Comment