April 15, 2016

Wedding Dan PD Ostrich Show Farm

April 15, 2016
Hello.  Sejak Nedzrin dah 7 bulan ni, our parenting journey is getting better and better alhamdulillah walaupun kadang-kadang haukkk jugekkk but it's okay, kami belajar.  Daripada tak berani nak bawak dia pergi shopping mall, now we can spend hours di mall dengan jayanya.  Daripada tak berani nak bawak dia pergi memana majlis atau wedding, sekarang dah berani sikit.  



Teringat masa memula kitorang bawak dia pergi wedding classmate zaman universiti dulu, dia melalak tak hengat wehhh. Nasib kitorang datang masa dah hujung-hujung majlis, so takdelah panik sangat ganggu majlis orang ke apa.  Lepas kejadian 'mengerikan' itu, we decided not to attend any wedding dah sebab trauma Nedzrin melalak haritu tak hilang lagi LOL.  Tak sabar nak tunggu dia besar pastu nak bagitau dia ' eh awak dulu kecik-kecik melalak meraung dekat wedding Aunty Uzma tau.  Mummy Daddy nak makan nasik pun tak sempat. '  Saja nak bagi dia rasa bersalah supaya nanti kalau dia nak buat nakal ke mesti dia teringat, ' eh dulu mummy daddy sampai tak sempat makan nasik kenduri sebab aku kuat meragam hmm tak jadilah nak nakal ' .  Muahaha nampak macam berkesan pulak idea ini.



Jadi setelah trauma kami dah habis, kami sama-sama bersetuju untuk bawa Nedzrin ke wedding kawan masa zaman universiti di Seremban.  Tak tahulah kenapa kami sangat-sangat confident yang he'll behave dan takkan meragam.  


P/S : Entry kali ni banyak gambar.  Harap bersabar tunggu blog ni loading ye.




Dulu dia jadi pengapit masa I kawin.  Nampak kemesraan kami di situ, tengah makan beradab pun masih tenang bergurau senda.



Pastu sekarang turn dia pulak kawin ! :')






Rasa baru sangat dia jadi pengapit I.  Tup tup sekarang dia pulak kawin, pastu I pulak pergi wedding dia bawak anak.  Paham tak perasaan itu koranggg paham takkk ?!  Takpelah kalau tak paham.




Sehari kalau tak dengar suara dua buah hati ni, memang tak completelah hari I. 




Putih melampau.



Settle je wedding ingatkan Chacha nak terus balik KL.  Pastu dia macam paksa-paksa I dengan Nedzrin tidur dalam kereta.  Kang sampai KL dia kejut.  I yang lurus ini pun tanpa terpikir pape terus tidur lebih-lebih lagi bila orang suruh tidur, lagilah laju I tidur tanpa membantah hahahaha.


Rupa-rupanya dia bawak kitorang ke Port Dickson.  Bukak-bukak mata je tetibe nampak laut and I was like woah KL dah ada laut?  Tulah siapa suruh tidur petang, bangun-bangun terus bengap.  




Turun kereta terus bergambar.




Masa ni kitorang kejut Nedzrin bangun konon nak bagi dia menikmati keindahan alam.  Rupanya dia tak heran pun.  K.




Nedzrin masih mengantuk.




Masih mengantuk.




Okay dah tak mengantuk sangat dah sebab Daddy menyamar jadi kuda masa ni.



Dah puas menyamar jadi kuda di tepi pantai,  kitorang saja drive merata sebab nak explore new places yang kitorang tak pernah pergi.  Boring jugak tiap kali datang PD asyik lepak Teluk Kemang manjang.  


Before this I ada terbaca dekat PD pun diorang baru buat ' Rumah Terbalik ' just like in Sarawak. Pastu bila dah jumpa tempat tu, tetibe rasa macam tak tertarik pulak nak pergi.  So we decided to go somewhere else.



Dan tadaaa !  Kami memilih untuk ke PD Ostrich Show Farm. *tetibe mood bertukar ceria*






Selama ni pergi PD tak pernah tahu pun Ostrich Farm ni wujud, sedih betul  T _ T .  Basically dekat sini ada binatang seperti kambing ( macam dalam gambar ), unta, burung unta, keldai, arnab, iguana 
( i was like kenapa ada iguana di sini? tetibe sangat ) dan juga burung merak.  It was not a huge place macam zoo, sedang-sedang je.




Kambing tu ngorat anak I.



Ni pun.



Inilah watak utama di Ostrich Farm ini, burung unta.





Ostrich ni kelakar gila.  Dia macam tengah stalked Chacha dengan Nedzrin.  Boring sangat ke dok sini sampai nak ngorat manusia LOL.




Pic 1.  Perhatikan ostrich di belakang.




Pic 2.  Perhatikan ostrich di belakang.  Such a stalker wahahaha.






Satu-satunya unta yang diorang ada dekat sini.  Kesian sangat tengok dia.  Nampak tua sangat and macam tak sihat.  Bulu-bulu pun habis tak cantik.  Kena bawak pergi grooming ni barulah diva dan cantik.




Ada keldai jugak.  Tapi dua ekor jelah.



Keldai tu macam say hi dekat Nedzrin tapi anak I jual mahal.  Apalah, dengan keldai pun nak sombong !



Masih tak berputus asa.



Okay Nedzrin baru perasan ada keldai depan dia  T _ T





Pastu I pun datang menyibuk tapi keldai-keldai tu tetibe lari taknak entertain I.  Kuang asam.



Saat pilu diabai oleh keldai.



Arnab je yang sudi kawan dengan I.  Itupun sebab I bawak makanan.  K.



Ngeri pulak tengok iguana ni lama-lama.



Kereta Cinderella pun ada in case korang nak fefeeling princess kat sini.



Kalau korang macam nak buat extreme activities dengan kengkawan pun boleh.  Dekat sebelah Ostrich Farm ni ada tempat untuk korang yang sangat sukakan aktiviti lasak-lasak ni.  Boleh buat aktiviti memanah, ATV rides, buggy ride, blowpipe and slingshot and paintball jugak.  Masa I pergi tu takde orang tengah buat any of the activities so takde gambar nak tunjuk korang.  Kalau korang rasa nak privacy and macam segan nak buat aktiviti lasak dekat tempat yang ramai pengunjung, I recommend this place sebab tak ramai orang pun.  In fact masa I pergi takde orang pun.  So untuk newbie or pemalu tu, this is the right place untuk korang practice !





Yeay we survived !


Rasa-rasa macam weekend tak tahu nak pergi tempat bercuti berdekatan yang best, bolehlah try pergi sini !  Hope this will help.


Bye !


No comments :

Post a Comment