May 13, 2016

Cadangan Makan Pesan Terus Dari Rumah

May 13, 2016
Salah satu faktor yang menjadi punca kepada kemalasan I untuk memasak ialah kerja yang menimbun. Tiap kali bangun pagi pastu tengok rumah bersepah, baju banyak kena cuci, anak nak berdukung, kucing mengiau-ngiau (perlu diambil kira), serta-merta mood nak memasak I akan terpadam begitu saja. Betullah apa orang cakap. Memasak ni kena ada mood. Kalau takde mood takleh masak.

Eh kauuu drama sangat! Padahal sebenarnya kau memang malas masak pastu sesuka hati guna alasan anak dengan kucing yang takde kaitan tuh. HAHAHA. 

I kalau memang tengah dalam mood yang taknak makan luar, tak kisahlah penat cemana pun I akan masak jugak. Kadang tuh husband siap offer nak tapaukan tapi I lebih rela masak megi asalkan bukan makanan luar. Apekebenda punya pe'el pun I sendiri tak paham, tapi macam gitulah lebih kurang.

Jadi bila perangai malas masak muncul, mulalah tangan ini laju je google mana-mana restoran yang sudi membuat penghantaran makanan ke rumah untuk si gemuk ini makan. Dalam pemikiran dah tetapkan untuk order makanan yang mempunyai portion yang banyak (melimpah ruah lagi bagus kah kah!) dan mengenyangkan. 


Dan makanya, makanan ini menjadi pilihan.




Before this I memang tak pernah buat tempahan Nando's direct dari rumah. Selalunya kalau teringin memang kami prefer makan dekat restoran terus sebab lebih feel gitu (padahal nak tangkap gambar restoran diorang yang cantik tuh masuk Instagram wakakaka). 

Memula I ingat nak order thru online je (taknak call) tapi taktau asal alamat rumah I tak ada on their list. Padahal sebelum ni I selalu je nampak abang Nando's datang hantar makanan dekat rumah depan I ni. Nando's benci I ke?! Cewah tetibe emo tak memasal kah kah. Pastu I pun cuba nasib call diorang. Tapi masa tuh tak mengharap sangatlah sebab selalunya kalau alamat rumah kita takde dalam list masa nak sign up thru online, maknanya diorang takleh hantar ke rumah kita. Tambah pulak servis Food Panda currently unavailable untuk area rumah I, so lagilah I tak berharap.

Bila I called their delivery number, one of their staffs angkat dan entertained I. Pastu bila dia semak alamat rumah, terus dia proceed order. Maknanya alamat rumah I memang ada in their list tapi diorang tak update online cehhh. Penat je emosi segala bagai. Jadi kalau korang gagal untuk sign up thru online, sila lah call mereka ya. 

Yang bestnya, diorang bajet dalam 45mins - 1hour untuk makanan sampai. Oh jangan terpedaya. It wasn't that long pun. Terus dapat markah lebih sebab servis cepat.



Jenuh cari angle cantik. Yang ni kira bolehlahhh.


Walaupun I order quarter chicken dan quarter chicken adalah portion yang paling sedikit in their menu, korang jangan risau. Confirm cukup punya sebab ayam dia gedabak. I yang gemuk pun takleh habiskan pastu siap simpan another half untuk makan malam pulak. Siap masak nasik putih (sebab spicy rice diorang I dah habiskan) untuk makan bersama-sama lebihan ayam tadi. So, kalau order quarter pun dah cukup. Elehh padahal tadi kau nak order half chicken sebab rasa quarter tu sikit LOLOLOL.




NOTE: Makhluk yang paling gembira tatkala bungkusan Nando's ini sampai tadi ialah kucing I. Sekarang dia tengah pengsan kekenyangan.

No comments :

Post a Comment