May 18, 2016

Laneige BB Cushion Pore Control Bagus Ke?

May 18, 2016
Sekiranya anda mengikuti Instagram saya, anda mesti dah boleh teka entry apa yang saya akan kupaskan pada kali ini. Oh okay kalau anda tak follow Instagram saya pun takpe sebab dekat tajuk dah menerangkan segala-galanya sebenarnya. Lame sungguh engkau ni, haziqah.


Sebagai seorang pengguna foundation yang tegar (sebab kulit muka terlalu hauk untuk dibiarkan togel begitu saja), I noticed that penggunaan foundation yang terlalu kerap telah menyebabkan kulit muka menjadi lebih hauk sebenarnya. Mungkin disebabkan oleh formulanya yang terlalu likat (sebab nak tutup cela muka jadi formula haruslah dicipta begitu) telah menyebabkan kulit muka sukar bernafas lalu mendorong bendasing untuk bermaharajalela di situ.


Ia sama seperti gunting dalam lipatan, kau ingatkan foundation tu sebenarnya your best friend ever sebab selalu tolong kau cover parut jerawat di muka padahal dialah punca muka kau teruk! HAHAHAHA tetibe emo kau dah kenapaaa.


Tapi I still tak yakin untuk keluar rumah dengan bermuka togel sebab kulit muka I ada kepelbagaian shades seperti dark brown di sekeliling mata, light brown di kawasan pipi serta medium brown di kawasan dahi. Jadi cuba bayangkan kalau I keluar rumah dengan tona kulit yang kepelbagaian macam tu, confirm jadi tontonan umum. Nak-nak pulak orang kita ni pantang nampak benda pelik sikit, mesti nak viral. Eh tetibe.


Di sinilah bermulanya cinta pandang pertama I dengan Laneige BB Cushion Pore Control yang semakin hangat diperkatakan tu. Jika korang adalah dalam situasi sama seperti saya, sedang tercari-cari produk yang boleh sekatakan tona muka dan menutup liang roma, I sangat recommend korang gunakan Laneige BB Cushion Pore Control ni. Sebab apa? Okay mari kita kupas satu persatu (kupas jangan tak kupas ewwahh ewwahh *dikir barat*)


Bagi korang yang masih tak dapat pick up amende I merepek meraban ni, meh I explain. I memang suka bab-bab explain ni sebab sejenis bermulut joyah memang begitu perangainya. Tengoklah tu, dah baris ketiga in this perenggan pun masih belum mula explain lagi bhahahaha okay enough.


BB Cushion adalah sama seperti BB Cream, cuma BB Cream is in a tube form manakala BB Cushion pulak is in a compact form. Apa yang membezakan (selain daripada brand) adalah finishing, sama ada it looks good on you atau sebaliknya.







Lihatlah, kelihatan sophisticated sungguh di situ. 



How to apply? Guna jari atau kena beli brush lain? Dua-dua pun tak perlu. Sebab diorang dah ada cushion puff yang BEST EVERRR untuk korang. When I first used the cushion puff to apply the BB Cream on to my skin, paham tak I macam teruja gila sebab wehh it works just like the beauty blender whoaa whoaa whoaaa! Memahami sangat siapa yang cipta cushion puff best macam ni. Nah, markah penuh untuk awak.









Coverage adalah medium to full coverage. Sekiranya anda memiliki masalah kulit muka yang sangat minimal, satu layer saja sudah memadai. Tapi kalau kulit muka korang haukkk (liang roma besar / parut jerawat minimal / tona kulit tak sekata) macam I, silalah apply dua layer untuk kesan yang berganda (flawless).


Kenapa I kata parut jerawat minimal? Sebab produk ini cuma sesuai untuk mereka yang nak cover 'kerosakan' pada muka yang sikit-sikit je. I ada satu parut jerawat gelap kat pipi sebelah kanan, apply berlayer-layer pun masih tak dapat lenyapkan kesan parut jerawat yang gelap tu. So yeah, it is not meant for those yang mengharapkan finishing yang sebegitu.




Ini wajah Puan Rohani sebelum memakai Laneige BB Cushion Pore Control. Hambar je muka. Sian Puan Rohani.




Tadaaaa, wajah Puan Rohani selepas memakai Laneige BB Cushion Pore Control!



Can you tell the difference?! Apa? Takleh? Maaf atas pencahayaan semula jadi (natural lighting) yang melampau. Sila zoom in untuk lihat perbezaan. 



Harga Laneige BB Cushion Pore Control masa I beli kat Sephora haritu ialah RM 159. Siap dapat refill lagi. Berbaloi, kan?

No comments :

Post a Comment