May 12, 2016

Terpaksa Tinggal Anak

May 12, 2016
Sejak belog ini tidak berusik atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (not in KL for quite sometimes), takde banyak benda best pun yang terjadi selain daripada urusan kerja yang terpaksa diuruskan. Most of the time when we were out of KL, perkara yang paling membuatkan I teruja ialah CHECKED IN HOTELS. Dah, tu je. Urusan kerja tak excited pun, lebih mementingkan penginapan. Kah kah kah. Perangai betul.

Tapi bukan hal penginapan hotel yang ingin dibincangkan di sini. I nak kongsi dengan korang pasal pengalaman I terpaksa meninggalkan anak atas urusan luar / kerja. Disebabkan I bekerja dari rumah, jadi hal-hal pengurusan Nedzrin memang kitorang tak pernah pass dekat sesiapa selain daripada kami berdua take turn menguruskan anak. Even kalau I ada meeting kejap pun I tetap akan usung si Nedzrin yang 10kg itu sama-sama attend meeting walaupun dia akan tepuk-tepuk meja je during meeting (T_T). 


Contohnya macamni . . .

Paling khusyuk padahal tak paham.


 Masa baru sampai hotel. After a long journey apa semua, dia macam kengkonon, "Tolong jangan kacau Nedzrin. Nedzrin tak mahu diganggu."


Okay dah tak penat dah. Boleh duduk.


Pastu bila dia dah start biasa with the environment, maka bermula lah . . .


Eh, mana pergi muka penat tadi? (T_T)


Those were the days where we had to angkut Nedzrin along bila ada urusan luar. Kadang tu sampai kena tidur berjam-jam dalam kereta sementara nak tunggu urusan selesai. And that wasn't easy. Sila ambil kira di saat anak anda meragam sebab tidur dekat car seat tak seempuk tidur di atas tilam (amboi memilih), terbuang air besar (time-time tu jugak nak membuang padahal seharian dekat hotel ENJOY JE MAIN), tak selesa sebab kondisi kereta seperti terkurung dan tak bebas dan banyak lagi. 

Tapi apa yang menyebabkan kitorang decided not to bring him along for our next urusan sebab Nedzrin mabuk kereta. Kadang tu daripada KL ke KLIA pun dia boleh mabuk lembik je dalam car seat dia. Sian dakmok tu. So we asked for Tokmi's help (my mom) untuk jagakan Nedzrin sementara kitorang takde dekat KL selama 3H2M. 

Masa hari pertama tanpa Nedzrin we were both like, "Kalau Nedzrin ada mesti dia bla bla bla . . . pastu mesti dia bla bla bla . . . ". It was okay for us I guess sebab kitorang pun busy penat apa semua so tak sempat nak rasa 'kosong' bila anak takde dengan kitorang.

Masa hari kedua tu pagi-pagi dah mintak my mom whatsapp kan gambar Nedzrin. Pastu dah start rasa awhhh rindunya dakmok ni (sambil gigit henfon yang ada gambar Nedzrin). Bila urusan dah selesai, kitorang singgah mall untuk dinner and beli barang sikit. Masa ni lah rindu tu datang melantun-lantun. Bila rindu datang melantun-lantun disusuli dengan rasa bersalah sebab tak bawak anak sekali, maka terjadilah kejadian sebegini . . .


Ini antara barang yang I belum keluarkan daripada shopping bag sebab tak sempat. Toys banyak-banyak yang I belikan untuk dia dah selamat dah dia gigit-gigit lempar-lempar.


Before that, my mom pergi Bandung seminggu. So masa dia singgah Rumah Mode tu dia teringat untuk belikan baju dan kasut untuk cucu dia. Untung Nedzrin. Kecik-kecik dah ada baju 'Bandung'. Mummy dulu kecik-kecik ada baju 'I Love Langkawi' je. Kah kah.

Baju anak sikit je, tapi barang mummy dia yang lebih. Nampak tak persamaan I dengan my mom? I shopped for my son like mad and she shopped for her daughter (iaitu saya) like mad too!
#simptommakmak


Dulu selalu tak paham bila tengok mak-mak yang post status FB macam, 'Rindu anak, cepatlah habis kerja nak balik rumah peluk anak.' Yelah, anak I memang selalu ada depan mata tak pernah berjauhan. Paling jauh pun cuma jarak antara bilik dengan living hall je sebab masa dia tidur I akan rileks tengok tv dekat depan. Tak sempat nak rindu. Kah kah. 

Bila I was in the situation di mana I terpaksa berjauhan dengan anak, ia menjadi seperti satu tamparan hebat (adakah ini yang dinamakan tamparan wanita cewah tetibe) untuk I yang selalu pandang rendah terhadap level rindu mak-mak lain bila berjauhan dengan anak masing-masing. I take things for granted. Padahal sebenarnya ada ramai lagi mak kat luar sana yang dying untuk menjadi seorang mak sepenuh masa di rumah (dan bulan-bulan pun duit kena masuk acc bank jugak, kachinggg). 

Takleh bayangkan satu hari nanti I have to let him go menguruskan kehidupannya sendiri (padahal lambat lagi sebenarnya sebab dia baru 8 bulan LOL, drama je lebih). 


Sementara masih ada peluang ni, marilah kita . .

Gomol! *buli*

No comments :

Post a Comment