August 3, 2016

"A day spent with friends is always a day well spent."

August 3, 2016
Betul lah apa orang kata, zaman study lah zaman paling heaven sekali dalam stage kehidupan. Teringat masa study dulu, segala masa diperuntukkan untuk kawan je semata.  Celik mata, message kawan.  Nak pergi makan, tanya kawan.  Nak pergi kelas, tumpang kawan.  Nak pergi beronggeng, ajak kawan.  Memang masa tu kawan dah jadi macam our second parents dah, tempat untuk bergantung.

As time goes by, bila zaman tu dah berlalu, masing-masing pun dah ada tanggungjawab baru (kerja / kahwin / anak / duduk jauh contoh macam Anis Aimi duduk Kedah so dia memang selalu miss perjumpaan), it's hard to get everyone gathers together macam dulu-dulu balik.  Kalau ada ajakan lepak dari member-member, mesti tak ramai yang dapat join sebab memasing ada komitmen memasing.  Dah tak sama macam dulu . . .

Jadi sebelum kau rugi takde moment-moment indah dengan member-member kau masa kau tengah muda sihat walafiat ni (muda kewww), marilah kita penuhi segala undangan lepak yang ada dalam group whatsapp.  Undangan lepak ni diketuai oleh Apik & Diyini Zimra (bukan nama sebenar) iaitu ajakan berbuka puasa sambil borak lah apa yang korang nak borak pun.  Setelah mengambil kira segala faktor yang ada, maka Toran Coffee telah menjadi pilihan tempat berbuka kitorang semalam.

Apa-apahal pun, acara dimulakan dengan kebangkitan Nedzrin dari tidur.  Elok je sampai dia bangun.  Dalam hati dah berdoa janganlah meragam nanti.


Harapan meleset ye.  Sampai je kedai Nedzrin terus melalak. Kah kah kah *nangis*  Tapi takpe.  Apa gunanya ramai member kalau takleh tolong pujukkan, ye dak? 

Contohnya macam ni . . .




Mummy dia maintain bergambar wakakaka.




Nasib kau lah Uncle Apik oi kena buli tarik jambang hahahaha.  Masa ni SEMUA orang gilir-gilir dok jaga si Nedzrin bawak ke hulu ke hilir cuba nasib taknak bagi dia nangis.  Lepas je habis dukung memasing mengadu, "Beratnya Nedzrin! Berapa kilo ni?" sambil betulkan urat pinggang memasing. Harap lepas ni semua orang takkan persoalkan kenapa kitorang usung Nedzrin pakai troli wakakaka. 

Lepas berbuka, kami dihiburkan oleh saudara Babal sambil makan-makan.

Saudari Daboo turut tak ketinggalan membuat persembahan.  Yang sebelah dia tu peminat fanatik.

Diorang ni pulak tengah borak hal-hal mistik.  Tengok lampu pun dah tau.  Kah kah kah suka hati aku je.


Yang belakang sekali tu memang jenis tak dok diam cite dia.  Dia ingat camera I ni jenis boleh capture gambar time dia tengah goyang-goyang agaknya wakaka.

Haa baru reti dok diam.

Diorang berdua ni memang member yang paling rapat masa zaman uni dulu.  Kalau nak pergi kelas tapi malas nak naik bas, call je diorang ni.  Muncul lah karang bawah rumah.  Dah serupa McD pulak, call je datang hahahaha.  



Yang tersengih-sengih dekat belakang tu antara member yang paling awal I kenal masa uni dulu.  Start kenal masa first day dekat uni lagi.  Masa tu kelas dekat menara.  Out of nowhere tetiba dia tegur pastu bagi phone number sekali sebab dia suruh message in case dapat info pasal kelas cancel ke apa.  Start dari situ kitorang kawan sampailah ke sudah.  Rahsia dia dari zaman batu semua dekat celah gigi ni je.  Kalau nak rahsia terbongkar berani lah buat onar dengan aku.  Hahahaha.


Yang jenis ambik gambar tak reti diam ni pun antara yang terawal I kenal masa zaman uni dulu.  Kenal masa kelas journalism dulu.  Kitorang rapat sebab memasing ada belog dulu.  Apa yang bestnya, belog kitorang dulu memasing penuh gambar pakwe makwe memasing je kakakaka.  Perangai myspace sangat letak gambar pakwe makwe kat belog pastu puji-puji pasangan memasing.  Rasa nak tumbuk diri sendiri bila teringat balik.  LOL.

Dalam geng mesti akan ada sorang yang crack macam si pemegang handbag tu.  Tengok gambar pun dah tau dia ni jenis masuk air je manjang.  Pojan, Pojan.




Haruslah ada gambar dengan perempuan-perempuan masuk air ni jugekkk.  Teringat masa first sem dulu gigih berhimpit ramai-ramai dalam satu kereta sebab nak kena ke hulu ke hilir siapkan assignment photocomm sambil pasang lagu Miley Cyrus sepanjang perjalanan.  Pastu teringat jugak cerita 'chopstick' Anis Aimi . . . okay dah diam.


"A day spent with friends is always a day well spent."

Nanti gambar-gambar ni lah yang akan jadi modal mengumpat bila dah tua nanti kikikiki.

Thanks korang!

No comments :

Post a Comment