August 3, 2016

Buka Puasa

August 3, 2016
Mula - mula macam berlagak sangat taknak berbuka dekat luar sebab kononnya masak sendiri lagi sedap, tapi sepandai - pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua .  Okay pantun takde kena mengena .  Akhirnya kami tewas dengan pakej - pakej buffet ramadhan yang sangat banyak berkeliaran di internet .  Jadi, terpaksa serah diri berbuka puasa di . . .


Gempita Rasa 29 Malam di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam



Panjang kan nama buffet dia ?  Haa seiring dengan menu yang diorang sajikan .  Banyak woi !  Tak caye?  Meh nak cite lagi . 

Hotel De Palma Shah Alam ni dia terletak macam ke dalam sikit .  Kalau De Palma Ampang tu lalu tepi jalan pun dah boleh nampak dah .  Takpe, korang waze je .  Setel .

Masa kitorang sampai tu still awal lagi .  Takkanlah nak dok berkeliaran dekat tempat buffet diorang pulak kan .  Jadi kita pusing - pusing jelah keliling hotel dulu .  Hotel dia besar sangat .  Memang sesuai sangat untuk orang yang gila bergambar macam I ni .  Segala ceruk nak posing .  LOL .

Contohnya macam ni . . .




Orang dah mula ramai .  Jeling jam, dah nak dekat berbuka .  Memang sedang eloklah kalau nak gerak pergi lobby untuk sahkan tempahan . 


Lobby .  Nampak tak jam yang banyak - banyak kat belakang tu ?  Hotel ni berkonsepkan islamik .  Jam - jam tu semua mewakili waktu - waktu solat tertentu . Kalau tak sure masuk waktu pukul berapa, boleh tengok kat belakang tu .




Gambar dak kecik yang tak reti duduk diam .

 Reservation counter .


Wajiblah tangkap gambar dekat tangga grand macam ni .

Nak gak menyelit .


Bahagian dalam .  Luassss sangat .


Mata sabotaj tuan dia .  Sebelah kecik sebelah besar T _ T

Ni bahagian nasik .  Tak silap I ada tiga jenis nasik diorang hidangkan (tak ingat nama) .  Daging tetel dia SEDAP GILA .  Sampai sekarang teringat - ingat .

Kaunter paling femes .  Apa lagi kalau bukan kambinggg .  Husband I cakap sedap gila .  Dia pelahap sorang je sebab I tak makan kambing .

Masa tunggu waktu berbuka, ada budak - budak tahfiz perform atas stage ni .  Lepas azan pulak ada tazkirah pendek sambil berbuka .  Lepas tu geng buskers ni pulak perform .  Memang meriah macam hari - hari, hari raya gitteww .

I tak ambik banyak gambar makanan (tapi gambar selfie banyak wakaka) sebab busy makan .  LOL . Tapi menu dia memang saaaaangat banyak .  Ada satu corner diorang hidang 'makanan pengantin' . Satu corner lagi bahagian pembuka selera (buah - buah dan kuih - muih ) .  Paling favourite puding roti diorang .  Sedap sangat aaaaa .  Stressnya tulis entry ni sebab asyik flashback pastu telan air liur wakaka .  Kalau korang sejenis hantu jeruk, silakan lah beransur ke ruangan jeruk ye .  Macam - macam jenis jeruk adaaa .  Lain - lain macam selera pantai timur , ketupat, rendang, mamak's corner (murtabak, rojak, tosai dan segala makanan mamak), nasik ayam, cendol, ABC, sup - sup (bihun, mee), popia basah, sengkuang calit . . . haa ada lagi yang tertinggal tak ?  Ohh cucur - cucur (keropok lekor, cekodok) dan roti john pun ada .  Pendek kata, segala yang korang nampak kat bazaar ramadhan semuanya ada kat sini . 

Mujurlah Nedzrin ni jenis yang mudah teruja .  Dapat main sudu pun seronok .  Mudah mummy daddy nak melantak .  Hahaha .

Dah lah mudah teruja, suka minum air suam pulak tu .  Hulurlah air suam kat mulut dia, confirm tak tolak .

Sempat .

Overall memang sangat puas hati berbuka puasa dekat sini .  List makanan memang berjela - jela, korang takkan makan makanan yang sama berulang - ulang .  Tempat ni dah macam kelab himpunan makanan dah I tengok .  Best sangat untuk orang yang kuat makan macam I ni wakaka .

Sibuk part 1 .


Sibuk part 2 .


Nah, tanduk .


Harga dewasa :  RM 68
Harga kanak - kanak : RM 34
Waktu berbuka - 10 malam

Selamat menjamu selera !

No comments :

Post a Comment