June 13, 2016

Entry Santai. Kalau Korang Jenis Cepat Boring, JANGAN BACA!

June 13, 2016
Tajuk entry tu kenapa macam tu .  Macam belog siakap senohong (bukan nama sebenar) pulak . Sementara tengah banyak free time ni, elok lah kalau I update satu entri dekat belog ni jap .  Kejap lagi nak berperang pulak dekat dapur untuk masak berbuka .  Semenjak fridge dah penuh dengan barang - barang masak ni, nak memasak je kejenya .  Husband offer nak beli kuih muih dengan murtabak dekat bazaar ramadhan pun I reject .  Berlagak betul .  Padahal sebelum ni murtabak bazaar ramadhan tu lah yang kau tergila - gila kan .  Muahaha .

Masa weekend hari tu, husband ajak I berbuka dekat luar .  I takde lah macam teruja sangat ke apa .  Tapi bila orang dah offer macam tu, kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan .  Kah kah kah .  Mungkin dia kesian kot tengok I hari - hari asyik kena fikir nak berbuka apa, nak bersahur apa .  Cewahh padahal takde lah teruk sangat pun sebenarnya .  Kalau memasing takde idea nak masak apa, kitorang redah je pergi bazaar ke, pergi mamak ke .  Haa settle .  Kiranya hidup I takde lah jadi hamba dapur 24 jam .  Alhamdulillah, mujur dapat husband jenis memahami (wahh tetibe puji hahaha) .  



Mana makanan saya ?!  Dah nak berbuka ni !


Oh lupa pulak saya tak puasa .  Omnomnom .


Mummy nak sikit ? 


Nedzrin ni kalau dapat duduk dekat baby chair memana kedai makan ke, restoran ke, mula lah tergedik - gedik seronok .  Cuba kalau letak dalam stroller time ni, mau bersilat kitorang laki bini sebab anak nak terjun stroller .  Hahahaha .  Kadang tu habis semua table sebelah - sebelah dia tegur . Kalau ada makwe lagi lah . . .  T _ T "



Belanja gambar husband satu .



Muka emo makanan sampai lambat .  Tapi memang lambat gila lah cite dia .



Lepas makan, wajib lah pergi jalan - jalan cari makan lagi, ye dak ?  Kah kah .  Kantoi kuat makan . Kebetulan dekat situ ada Boat Noodle .  Tak sah kalau kitorang tak tapau air diorang .  Jampi mak esah mana lah yang diorang letak dekat air diorang tu .  Sedap betul !



Belanja satu lagi gambar tengah merayap .


Gambar last tu ialah tempat favouriteeeeeeee !  Rasa macam nak hangkut semua bawak balik . Cantikkk sangat barang - barang rumah kat situ .  I berkenan betul dengan set pinggan mangkuk diorang .  Ko tunggu situ wahai pinggan mangkuk, nanti aku beli ko !  Haa gitu perangai mak - mak terserlah bila masuk tempat - tempat gini hahahaha .

The next day (ahad) kitorang keluar lagi sebab nak beli barang - barang masak kat rumah .  Bahaya betul beli barang time tengah puasa ni .  Semua benda pun rasa nak beli .  Hahahaha .  Dua tiga kali lah dok memikir kat bahagian ikan, udang, sotong, daging tu nak beli apa .  Pastu sambil pilih sambil berangan nak masak apa .  Pastu laki bini terliur - liur dekat situ membayangkan .  Kah kah kah .  

Masa tengah menaip ending entry ni, I dah siap masak sebenarnya .  Laju tak laju tak ? *libas tudung*  Menu berbuka hari ni simple je noks .  Ikan masak berlado, ayam goreng berempah tajaan ayamas dan telur dadar (wajib sebab husband suka) .  Air cincau dah buat siap - siap tengahari tadi . Tadi lupa nak tangkap gambar kronologi peristiwa sepanjang memasak .  Kalau tak boleh tempel kat belog .  Esok kalau rajin iollss share resepi yang lain pulak kat sini ,

Selamat berbuka !

No comments :

Post a Comment