June 10, 2016

Hadiah Dari Printcious Dah Sampai !

June 10, 2016
Kalau korang ingat lagi, dulu I pernah review tentang Printcious dekat SINI .  Tapi disebabkan kekangan masa ( ewah ewah alasan ) jadi I tak sempat nak review hadiah yang I order daripada diorang .  Padahal dah berkurun dah sampai .  Muahaha .  Nak tau apa I order ?

Jeng jeng jenggg . . .


Eh macam kenal je gambar tiga beranak atas bantal tu ?  Kih kih kih .

Dalam banyak-banyak cadangan hadiah yang Printcious tawarkan, cushion empat segi ni jugak yang jadi pilihan .  Husband yang pilih sebenarnya .  " Cushion lah best, nanti sebelum tidur boleh belek muka kita tiga beranak dekat cushion tu . "  Apakah . . . T _ T "  

Pastu masa abang pos laju ding dong pintu rumah, I memang excited gila lah cite dia .  Mana tak excited, nak jugak tengok cemana rupa muka sendiri dekat atas cushion ( sebenarnya risau muka tak cantik hahahahaha ) .

Overall, I puas hati sangat dengan cushion tu !  Gambar kami bertiga memang elok-elok je atas cushion tu .  Kualiti printing pun cantik .  Takde pecah-pecah ke, blur ke, colour buruk ke apa semua takde .  Material cushion cover is 100 % polyester dan cushion ialah sejenis microfiber .  Memang seronok lah kalau nak buat baring-baring selain dijadikan hiasan .  





Tengok macam ni .  Belum apa-apa Nedzrin dah lunyai-lunyai kan dah cushion kitorang hahahahaha * nangis * .  Tak sempat nak jadikan hiasan dah .  K .

Kalau korang nak cushion macam I ni, boleh tempah dekat sini Printcious .  


Bye !

No comments :

Post a Comment