June 18, 2016

Resepi Salmon Grill With White Sauce

June 18, 2016
Sebenarnya dah lama dah beli salmon, tapi takde idea nak masak apa .  Kalau ikutkan hati nak je masak resepi berpantang dengan salmon tu, tapi kang husband cuak nak makan pulak .  Hahaha .  So tadi masa tengah buat preparation nak memasak untuk berbuka, sempatlah tangan ni dok google resepi .  Pastu terjumpa resepi salmon grill with white sauce ni, terus semangat nak cuba sebab macam sedappp jeee .

Bahan - bahan untuk salmon:

Ikan salmon (ikut suka hati nak berapa keping pun)
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak zaitun (iols guna minyak masak biasa je)
Oregano (apa - apa rempah pun boleh, ikut sedap tekak)
Garam secukup rasa
Lada hitam

Bahan - bahan untuk white sauce:

2 sudu besar butter (campur sekali bekas grill salmon tadi pun sodap katanya)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil oregano (herba lain pun boleh)
1 cawan susu cair (susu segar lagi bagus kot sebab tak berlemak sangat)
Sedikit garam
Sedikit lada hitam

Cara memasak:

Ikan salmon

Perapkan ikan salmon dengan oregano, garam dan lada hitam .  Kalau korang nak bagi salmon tu ada perasa yang kuat, boleh lah perap lama sikit .  Kalau taknak hanyir boleh jugak perah lemon .  Okay dah setel hal - hal pemerapan ?  Apa lagi, terjunkan ia ke dalam kuali memasak .  Dalam kuali tu letak butter dan minyak masak .  Pastu biarkan salmon korang tu masak semasak - masaknya .  Ingat, salmon ni hanyir dia lebih sikit dari ikan biasa .  Make sure korang grill betul - betul supaya masa makan kang tak hanyir .  Kang putus selera iols tak tanggung .  

Kalau korang tengok rancangan My Kitchen Rules, chef diorang selalu tekankan 'crispy skin' tiap kali nak masak salmon .  Tak caye cuba korang youtube cerita tu .  I pun saja lah try bagi kulit salmon tu masak sampai garing .  Rupanya sedap gila okayyy bila makan kulit salmon rangup - rangup (padahal makan kulit binatang memana time rangup pun sedap sebenarnya wakaka) .  

Beginilah hasilnya setelah digrill .  *bunga gedabak sebagai props wakaka*



White sauce

Panaskan butter (guna pan yang sama masa kita grill salmon tadi) .  Pastu tumis bawang putih sampai naik bau and tukar kaler golden - golden gitu .  

Masukkan tepung gandum dan kacau sampai tepung tu melekat dengan bawang tadi .

Pastu masukkan susu cair (atau susu segar) .  Kalau nampak macam likat sangat, tambah air .  

Jangan lupa letak garam, perasa dan lada hitam .  Setel .

Hasilnya . . .

Tadaa !  Tak keterlaluan untuk I katakan (ewwah) yang ia adalah sedap gilerrr .  Sampai sekarang teringat - ingat .

Amacam ?  Senang ke takkk ?  I yang terkial - kial dekat dapur pun boleh masak, inikan pulak korang yang memang terer bab - bab masak .  Try lah .  Pastu kalau sedap hantar kat sini sikit ekekeke .

Selamat mencuba !

No comments :

Post a Comment