June 29, 2016

Thank you, Namee Roslan & Shopee MY !

June 29, 2016
Sebagai seorang yang tak famous dan sendu, belum pernah lagi dalam hidup ada orang tetiba nak bagi barang free dekat I secara tiba - tiba.  Kalau ada pun, I mesti akan musykil dan mula syak yang dia mesti ada buat salah pape.  Contohnya macam husband I haritu.  Tetiba sangat dia belikan I banyak gila kudap - kudap (usually dia beli bila I mintak je) simpan dalam rak makanan.  Bila I tanya kenapa beli banyak sangat, dia jawab nanti kalau I lapar tetengah malam kang senang.  Tak, tu bukan tujuan sebenar ye. Dia sebenarnya dah terbakarkan I punya senduk memasak yang paling kesayangan masa dia goreng nugget haritu.  Pastu tak reti cover line.  T _ T

So, haritu masa blogger Namee Roslan announced suruh redeem barang kat Shopee MY for free, of course lah I excited (baca: terkinja - kinja).  LOL.  Dan - dan tu jugak I install apps Shopee MY pastu redeem barang yang dia offer tu.  Nasib baik sempat.  Tak sia - sia lah usaha I terkinja - kinja apa semua tu wakaka.

Nature Republic Aloe Vera Soothing Gel

Sebenarnya dah lama dah I dapat Nature Republic Aloe Vera Soothing Gel ni.  Tapi baru harini ada masa nak menulis dekat sini.  

Besar sangat. Boleh tahan berbulan - bulan.

I have the driest skin ever and kena bergantung harap dengan pelembap sepanjang masa. Apa yang I boleh cakap, this aloe vera gel worked miracles on my skin. Kalau biar lelama (tak basuh) pun you'll still feel the gel on the skin. Dah jadi BFF.

I terpengaruh nak beli aloe vera gel ni dulu sebab RAMAI gila review pasal produk ni and diorang kata bagus. Tapi disebabkan mosturizer yang I tengah pakai sekarang tak habis - habis lagi, so memang I hold dulu nak beli yang ni. Kang pakai campur - campur tak memasal kulit muka I jadi caca marba pulak. Terpaksa buat laser treatment (tag husband lelaju wakakaka). Ambik kesempatan sangat :p

Thank you Namee sebab suruh redeem aloe vera gel ni dekat Shopee MY haritu. Jimat duit iols. Boleh simpan untuk beli anting - anting pakai raya karang. LOL.



Murah sangat rezeki Ramadhan kali ni. Alhamdulillah :)

No comments :

Post a Comment