June 10, 2016

Tradisi Makan Sebelum Mula Puasa

June 10, 2016
Tiap kali nak masuk bulan Ramadhan, dah jadi macam satu tradisi kitorang satu family untuk plan makan-makan together-gether sebelum puasa. Selalunya hari yang menjadi pilihan mestilah weekend terakhir sebelum Ramadhan. Tak tahulah siapa punya idea asalnya. Tapi yang selalu akan jadi tukang plan pilih tempat makan of course lah I dengan my mom. Abang I tukang ikut je sebab dia lelaki, so dia takde perangai craving-craving macam kita orang pompuan nih. HAHAHAHA.


Jadi tempat makan pertama yang menjadi pilihan ialah . .




Credit to: my.openrice.com


Warung Santai, Tesco Ampang


Ni lah tempat I dengan my mom lepak masa zaman I sekolah-sekolah dulu. Sampai pekerja kat situ pun dah cam dah kitorang dua beranak. Mesti diorang memandang serong terhadap kami. Cewah tetibe. Hahaha. Sebenarnya tak plan nak makan sini pun. Tapi disebabkan masa tu tengahari and abang I nak makan berhidang, jadi inilah tempatnya. 


Lepas je habis makan, marilah kita menuju ke destinasi yang sepatutnya untuk sesi makan pusingan kedua. Paham tak makanan belum hadam lagi dah excited pergi second place pulak. Hahaha. Dasar gemuk memang begitu. 


Jadi ini lah tempat sebenar yang I dengan my mom dok sembang dalam whatsapp sampai berhari-hari. Teruk tau, berhari-hari whatsapp borak pasal makan je. Hahaha. Tapi masa dalam whatsapp memasing taknak suarakan craving memasing sebab taknak nampak selfish. Last-last kitorang sebenarnya craving benda yang sama rupanya T _ T


It's IKEA meatball.


Maka, marilah menuju ke IKEA Cheras untuk penuhi impian perut memasing.




Credit to: http://www.timeout.com/


Gambar makan takde sebab masa tu kitorang tengah busy gilir-gilir dukung Nedzrin yang tengah nangis, so korang imagine jelah ye. Hahaha. 




Masa ni semua orang macam kena bagi pendapat dekat my mom pasal pokok bunga ke apa ntah. Hahahahaha.




Wajib lah ada gambar mirror selfie macam ni.




Dan wajib jugak ada gambar si kecik kesayangan ni yang selamberrr je pijak barang orang T _ T


I rasa dah jadi trend dah tradisi makan-makan sebelum mula puasa ni. Kalau korang perasan, time-time ni jalan sure jammed tak hengat, mall penuh, restoran penuh sebab memasing nak makan luar. One of the kemeriahan bila tibanya bulan Ramadhan yang selalu I tak perasan. :')


Selamat berpuasa!


No comments :

Post a Comment