July 22, 2016

Pengalaman Bersalin Pertama Kali

July 22, 2016
Bila belek-belek balik entry lama, baru perasan yang I tak pernah share my first experienced bersalinkan anak sulung I, Nedzrin Muhammad. The memory keeps on berlegar-legar di kepala semacam bagi hint suruh kau menulis tentangnya kat sini. Sementara ingatan masih fresh ni, meh I nak cerita pengalaman bersalin I yang pertama, which was last year (2015).

Air ketuban pecah. Masa tu waktu subuh. During that time I dah mula tinggal dengan my mom dah. Chacha je tak stay together sebab dia kena kerja. Malam tu I dah boleh rasa dah yang I akan bersalin the next day walaupun sebenarnya tarikh bersalin I dijangka lagi seminggu. Siap dah pesan kat Chacha suruh tukar ringtone volume yang paling maximum sebab I berkemungkinan akan call u anytime. Mungkin inilah yang dikatakan instinct mak-mak kot, anak I  nak keluar dari perut so I dapat his message thru instinct. LOL memandai je.

Oh berbalik kepada cerita, subuh tu tetibe I rasa macam I terbuang air kecil masa tengah tidur. Since I memang tidur-tidur ayam je sejak malam tu (bila dah sarat jangan harap kau dapat tidur dengan aman ye), memang cepatlah I terbangun. Check-check tengok, ada darah sikit. I terus berpusing panik sensorang dalam bilik, "OMG this is it dah nak bersalin omg omg!". I didn't know how to react actually, tu yang tak memasal berpusing-pusing kat bilik tu LOLOLOL. 

Check bukaan. Pagi tu I pergi serah diri dekat hospital together with my mom and Chacha. Bila dengar je nurse cakap doktor nak check bukaan, I terus jadi keras kejung kat situ. Ni semua pasal I banyak baca pengalaman mommies saying that check bukaan adalah SAKIT. Okay fine, memang sakit pun tsk T _ T . Tapi takdelah sakit yang tahap meraung ke apa sebab I ikut je apa cakap doktor tu. Tarik nafas bila dia seluk, so kesakitan adalah lebih minimum. I dah dua kali kena seluk bawah tu and I applied the same method, alhamdulillah tak sakit sangat. Masa tu bukaan baru 2 cm. Kalau ketuban I belum pecah, berkemungkinan I boleh balik rumah sambil tunggu contraction datang. Tapi sebab ketuban dah pecah, so I memang kena warded dan bersalin haritu jugak.

Bukaan lambat. Bayangkan dari subuh bukaan I 2 cm, bila doktor check pukul 4 pm bukaan I cuma 4 cm je. Masa tu doktor dah suruh nurse tolak I masuk labor room sebab ketuban I dah pecah lama sangat dah. Kalau ketuban dah pecah, I dah kena bersalin dalam masa tak lebih 14 jam ke 17 jam macam tu sebab takut baby kena infection. But in my case, I rasa I dah lebih masa dah sebab pukul 8 pm baru I dapat masuk labor room. Tak tahulah nurse lupa nak tolak I masuk labor room ke apa sebab bila I pergi counter tanya bila I boleh masuk labor room, terus dia kelam-kabut siapkan wheelchair apa semua. Kesian mak buyung ni dilupakan T _ T

Labor room. Labor room selesa sangat. Siap pasang bacaan surah lagi sepanjang masa. Masa masuk dalam tu I pakai tudung. Nurse suruh bukak sebab dia kata semua perempuan je kat sini, so takpe boleh bukak. I pun apa lagi terus cabut tudung sarung my mom yang I pakai tu pastu bagi kat Chacha kah kah. Masa tengah tunggu nurse cucuk-cucuk tangan, pecahkan air ketuban apa semua, I borak-borak gelak-gelak dengan Chacha sebab nak hilangkan nervous. Pastu nurse yang check I tu menyampuk,

Nurse: Awak tak rasa sakit eh?
Bakal mak: Tak.
Nurse: Awak tunggu kejap lagi. Nanti awak nak bercakap pun awak taknak (senyum).
Bakal mak: (Terpinga-pinga)

Right after dia cakap macam tu haa hambek kau, contraction terus datang. Tak silap I diorang induce sebab bukaan I masih 4 cm since forever and ever taknak bukak-bukak. Masa tu pukul 9 pm and bermula lah sakit bukan kepalang yang selalu mak-mak kita cite tu. Setiap saat I mintak Chacha bagi I gas tahan sakit tapi takde function pun sebab SAKIT GILER. Dah lah contractions datang every 5 minutes. Nak rest kejap kumpul tenaga pun tak sempat. Nasib baik husband dibenarkan teman sepanjang masa dalam labor room tu. Kalau tak I rasa I mereput je atas katil tu tahan sakit sebab tak sampai nak capai gas tahan sakit tu (dilema orang kerdil, eh pendek). 

Almost sejam I bertarung dengan contraction sampailah I dah tak mampu nak bertahan dah, I mintak nurse bagi I ubat tahan sakit ke anything sebab I dah takleh sangat-sangat dah. Nurse tu comel je pujuk I apa semua 'okay okay kita bagi awak ubat tahan sakit ye okay okay, kejap kita suruh orang ambikkan ye.' Masa tu I bukan dalam keadaan yang waras dah (effect gas) so masa I cakap dengan nurse tu memang macam orang mabuk dah. Lepas setengah jam camtu baru nurse datang bawak ubat tidur ke apa I tak sure sebab lepas je dia inject I terus tidur tak sedar dalam sejam. I ingat lagi I terjaga pukul 11 pm pastu terus kena sambung bertarung dengan sakit contraction tsk tsk. 

Pastu nurse masuk and dia predict yang I bakal bersalin pukul 3 am karang. Tenang je dia cakap macam tu lalu berlalu pergi. I dah menangis-nangis dah sebab weh masa tu baru pukul 11 kot, berapa lama nak kena tahan niiii T _ T . Alhamdulillah jangkaan nurse tu meleset dan I bersalin lebih awal dari jangkaan. Masa tu lagi 10 minit nak pukul 1 am (ada jam terpampang besar depan katil jadi semua kejadian I memang ingat pukul berapa terjadi LOL), I tetibe cakap kat Chacha yang I macam nak buang air besar. Masa tu macam kat bawah tu rasa macam terteran sendiri padahal I tak teran pun. Tapi I taktau amenda tu so I ingat I macam dah tak panjang nyawa ke apa macam tu. Chacha kelam-kabut panggil nurse sebab dia tengok I semacam. Rupanya dah ada kepala baby dah kat bawah. Maka aksi teran-meneran pun bermula jeng jeng jenggg ..

Paham tak I teran lebih dari 10 kali rasanya tapi baby tak dapat gak keluar. Bayangkan keadaan badan yang lemah, takde energy, sakit apa semua, memang kelautlah gaya 'peneranan' I. Mula-mula I boleh fokus, tapi dah lama-lama dah takleh dah because I gave up. Lepas tu nurse yang sorang lagi tu panggil nurse-nurse lain haa hambek kau tetibe dalam bilik tu ada berbelas-belas nurse nak tolong I beranak. Surprisingly, dalam 3 kali teran rasanya baby dah keluar. Mana taknya, nurse ramai-ramai tu semua bersorak 'PUSH ! PUSH!' maybe baby dalam perut terkejut lantas terkeluar LOLOLOL. Tapi memang sumpah ramai gila, macam tengok tengah tengok pertunjukan ke apa ntah hahahaha.

Baby pengsan. Oh, mimpi ngeri masih belum berakhir, gais. Baby pengsan. Keluar je perut, nurse tunjuk baby depan muka I dalam 3 saat macam tu, "Baby boy ke baby girl, puan?", lepas I jawab baby boy, terus dia lari bawak baby dekat doktor. Masa tu I dah menangis-nangis dah sebab muka nurse memasing diam terkedu macam tu. Chacha pun dah hilang lari kejar nurse. I nonstop tanya nurse yang keluar masuk bilik 'baby okay tak baby okay tak.' Memasing diam cuba cari the best answer untuk jawab soalan I. Tapi takde jawapan.

Jahit luka bersalin. While waiting for my baby's condition, nurse mula jahit luka bersalin. Sakit pedih-pedih gitu. Maybe sebab dah macam-macam sakit yang I rasa before bersalin tadi, bila kena jahit tu rasa dia pedih-pedih je. Lepas nurse dah jahit luka, akan datang sorang doktor untuk check jahitan. And great, ada sedikit uri tertinggal dalam perut T _ T Apa lagi, kena koreklahhh. Korek okayyy, macam korang korek tanah haa macam tulah I kena. Sakit jangan cakaplah.

The next day bila nampak je muka husband I, terus I tanya, 'Baby mana?' . Dia cakap ada. tapi kena masuk NICU kanak-kanak sebab ada infection. Lepas warded terus kitorang gerak pergi NICU kanak-kanak ..


Tadaaa. Our Nedzrin Muhammad bin Salihin.

Tau tak kenapa baby stuck dalam perut sampai lemas lalu pengsan? Sebab nurse tak expect baby I sebenarnya 4.02 kg. Patutlah masa dah bersalin tu ada nurse tanya masa scan baby during checkup dulu baby berapa kg. Sebab dalam record masa last checkup doktor predict baby 3.3 kg je. Siapa sangka, kan? Mujur tak jadi pape, alhamdulillah. Bila I tanya Chacha, dia kata baby stuck lama masa I teran tak lepas dalam labor room haritu. Dah lama keluar kepala tapi badan tak lepas. Bila baby dah keluar sepenuhnya, badan baby biru sebab pengsan. Lepas tu dia kejar nurse yang bawak baby tu pergi bilik doktor. Doktor tepuk-tepuk baby sampailah baby sedar and nangis. Barulah Chacha dapat azankan baby. Eh tetibe cerita bertukar sayu :')



Masa ni susu badan takde lagi. Nurse ajar bagi susu guna syringe. Kelakar gila Nedzrin kena bedung macam tu. Al maklumlah, first time jadi mak pak, ke lautlah cite dia. My mom pulak takleh masuk dekat NICU ni (husband je boleh). Kalau tak boleh betulkan bedung ni. Dah serupa kepompong T _ T



Apeni?! Gigit kang!


Thanks for reading xx

No comments :

Post a Comment