August 26, 2016

Langkah Awal Yang WAJIB Tahu Sebelum Makeup

August 26, 2016
Benda yang paling menyampah tiap kali pakai makeup mestilah bila makeup tak 'behave', untuk dalam kes ni, makeup yang cakey/tak tahan lama. Bila makeup tak smooth di muka, mulalah buat conclusion sendiri, 'Ni mesti sebab makeup murah. Kena tukar makeup mahal kot.' Kesian makeup murah, tak memasal kena blame padahal diri sendiri yang tak pandai.


Bila dah ada ilmu sikit ni terus tergerak nak kongsi dalam blog sebab taknak orang lain pun salahkan makeup murah bila makeup cakey/tak tahan lama. 


Cuci muka. Wajib. Imagine lepas korang masak, mop lantai, vakum karpet apa semua tu tetibe je terus tepek makeup kat muka dengan muka berminyak-minyak, berdebu and siap ada percikan kari sikit kat dahi. Magic sangat kalau makeup korang still akan nampak gorgeous kalau cenggitu gayanya. Sila cuci percikan kari tu bersih-bersih dulu baru boleh proceed ke langkah seterusnya, okay?


Cleanser. This step is optional. Ada setengah orang skip this step sebab their skin problems are very minimal, cukup sekadar cuci bersih-bersih je. Untuk kulit muka yang suam-suam kuku macam aku ni memang aku akan make sure to cleanse my face lepas guna face wash. 



Siapa guna ni, kita geng.



Mosturize. Ramai keliru when it comes to mosturizer. ALWAYS wear mosturizer sebelum apply makeup even if you have oily skins. Mosturizer helps to hydrate the skin and makes you look fresh. Jadi jangan sesekali kau coba untuk tidak memakai mosturizer, jangan berani-berani (wahhh). Even if you have oily skin pun kena pakai gak mosturizer, pilih jenis water base camtu. 


My skin has improved so much sejak pakai mosturizer dari HIMALAYA ni. Silalah beli.



Setting spray. Yang ni pun optional jugak. Aku selalu guna MAC Prep + Prime.






Primer. Please don't skip this step sebab primer adalah KUNCI UTAMA untuk bagi makeup nampak smooth di muka. Fungsi primer ni untuk menutup pores korang yang annoying tu and also melindungi dalaman kulit muka. It's like a shield lah kiranya, nanti bila korang apply whatever product atas muka korang tu, product tu cuma akan berada kat surface je, tak masuk directly dalam kulit. Gitulah konsepnya. Teruk betul aku explain, harap korang paham.


Antara primers kegemaran yang aku guna. Satu dari Estee Lauder, satu lagi Loreal. 


Lepas dah ikut semua langkah-langkah yang diberikan, haa bolehlah mula melaram sekarang. Nak buat makeup macam Kylie Jenner ke, Lily Collins ke, lantak koranglah. 


Kalau tetibe korang rasa macam malas nak ikut steps ni, sila tanamkan dalam kepala ; kulit muka ibarat kanvas, kanvas yang cantik akan mendorong penghasilan lukisan yang cantik. Samalah macam muka. Kalau base dah cantik, makeup pun jadi seronok je nak duduk kat muka kita lama-lama taknak balik-balik dah LOL. 


Thanks for reading xx

No comments :

Post a Comment