August 5, 2016

Life Insurance. Penting ke Tak Sebenarnya?

August 5, 2016
Sepanjang hidup tak pernah masukkan perihal insurans sebagai perkara yang perlu dipikirkan. I always have this kind of mindset yang insurans ni adalah sesuatu yang menyusahkan sebab bulan-bulan duit kena tolak padahal tak guna untuk buat pape pun. At least bil astro, bil elektrik, bil internet semua tu berbaloi jugaklah bayar monthly sebab kita guna hari-hari. Jadi, nak buat apa susah payah apply insurans kalau kita tak guna, kan?






Mungkin satu hari tu Allah tu nak tunjuk kat aku yang pemikiran dan pemahaman aku tu salah, jadi tiba-tiba aku didatangkan ujian. Sejak hari pertama Nedzrin dilahirkan, dia dah kena masuk NICU sebab infection. Kena warded lima hari dekat hospital kerajaan. Can you imagine pertama kali jadi mak dah kena handle anak sorang-sorang tanpa guidance dari orang-orang tersayang?! I mean like, weh sakit bersalin semalam pun belum hilang lagi, cane nak jaga baby sorang-sorang?! Tapi hanya mampu menjerit dalam hati jelah sebab kan takde life insurance so terpaksalah hadap hospital kerajaan jugak, no choice. 


Lepas discharged rasa lega sangat and I thought that would be my last time menjejakkan kaki kat hospital kerajaan sebab Nedzrin dah sihat. Biasalah, bila benda tu jarang-jarang terjadi, we always thought that it won't happen again. Manusia kan, selalu tolak kemungkinan.


Tup tup, a month later, demam Nedzrin datang balik dan he needs to be warded, again. Kali ni seminggu. Hah, kau nak cakap apa? Benda yang tak sangka-sangka tulah yang jadi. Allah je yang tahu my struggles sepanjang warded. Masa tu nak menyesal pun dah tak guna dah, hadap jelah.



#Throwback first day Nedzrin warded. Berkain batik sebab masih berpantang. Petang check up, malam terus kena inject tangan camtu. Seminggu jarum tu tercucuk kat tangan dia camtu tak bukak-bukak langsung (sebab nak masukkan ubat). Mesti sakit sangat wehhh takleh kenang nanti nangis :'(((



Tukar wad. Masa first day tu Nedzrin dapat wad bercampur dengan kanak-kanak sakit kritikal (contoh, denggi). Husband mintak nurse tukar wad elok sikit sebab risau berjangkit. Terus nurse masukkan Nedzrin dengan wad yang ada baby sebaya dengan dia. 



Maybe it was an answer from God kepada persoalan aku tentang penting ke tak untuk ada life insurance dalam kehidupan. Aku rasa kalau anak aku tak demam dan tak kena warded, sampai sekarang pun aku rasa aku takkan ada life insurance sebab kesedaran tu takde.







So nasihat aku untuk yang berkemampuan, please get yourself a life insurance supaya tak menyesal di kemudian hari. Kalau tak dapat buat untuk diri sendiri, dapatkan untuk anak dulu pun takpe. In case kalau anak kena warded (mintak dijauhkan), at least kita dah ada pilihan untuk bagi tempat rawatan terbaik dan lebih selesa untuk dia. Takdelah nanti jadi macam aku, anak demam tapi kena warded dengan kanak-kanak lain yang sakit kritikal sebab takde pilihan. Kesian kat anak.




Lepas je timbul kesedaran, husband terus registerkan insurans dari Prudential BSN Takaful setiap sorang.




Tak kisahlah insurans mana yang korang pilih, asalkan insurans tu cover saving dan medical pun dah cukup.



Hopefully pengalaman 'ngeri' aku ni dapat bukak pemikiran semua orang tentang pentingnya life insurance dalam kehidupan. Mungkin ada yang cakap elehhh anak demam pastu kena warded seminggu pun nak kecoh. Trylah dok hospital seminggu sambil layan kerenah anak demam sorang-sorang lepas bersalin. Masa tu korang tau lah kecoh ke tak kecoh ye.



Kucing pun nak insurans gak ke?


Thanks for reading xx

3 comments :

  1. Beli insurans yang ni juga. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay sama! Bagus afiq dah ada insurans before kawin. Senang nanti :)

      Delete
  2. Assalam. Antara keperluan dan kehendak, mana satu yang perlu dipenuhi dulu?

    Jika jawapan anda keperluan, ya! meh hubungi saya. Jika jawapan anda kehendak, ya! meh sini hubungi saya juga!!!

    0189112465
    NoorFatimahAli
    Agen Takaful Sepenuh Masa Anda :)

    ReplyDelete