August 9, 2016

Majlis Aqiqah Anak Lelaki Sulung

August 9, 2016
Sebenarnya gambar-gambar sepanjang majlis aqiqah Nedzrin dah banyak dikongsi dalam Instagram, tapi rasa tak complete pulak kalau tak buat special post pasal majlis tu dalam blog. Nanti bila Nedzrin dah besar boleh tunjuk gambar dia tengah terkinja-kinja dalam buaian berendoi sepanjang majlis wakakaka. 


Setelah banyak kali tertangguh sebab takleh nak decide tarikh mana yang sesuai untuk majlis aqiqah tu nanti, akhirnya kami bersetuju untuk adakan majlis pada 9 Julai, 2016 bersamaan dengan 4 Syawal, raya keempat. Lokasi majlis di kampung nenek, Selama, Perak.


Warna pink menjadi pilihan. Family members semua pakai hijau.



Pencarian pelamin adalah tugasan yang paling pecah kepala. Butik-butik pelamin kat kampung nenek semuanya tak up-to-date. Bila bagi gambar pelamin contoh idaman, semua kena reject mentah-mentah atas alasan susah dan tak reti buat. Bila jumpa butik yang berpotensi semuanya dah tak available. Dalam pikiran dah tergambar bayangan majlis tanpa pelamin. Pastu tergambar pulak bayangan aku duduk di satu sudut kesedihan sebab tak berjaya cari pelamin idaman kah kah. Over ke idokkk?






.
.

Eh ehh ada pelaminlah! Pencarian selama beberapa malam tak tidur-tidur, inilah hasilnya. 'Yang lain-lain takde pun takpe dik, akak nak bunga kepok-kepok tu je' . Memang bunga kepok-kepoklah dia bagi aku sama seperti yang digambarkan. Murah rezeki kau dik.




Bunga rampai untuk dilumurkan di atas kepala Nedzrin masa majlis nanti.



Yassin sebagai doorgift.



Welcome board ni tak terpikir pun nak letak masa majlis nanti. Tapi dah alang-alang budak pelamin tu bagi suruh guna, guna jelah kan. Malam tu kerah abang dengan kakak ipar suruh tulis details majlis atas board tu. Camnilah hasilnya ...



Apalah ertinya majlis aqiqah tanpa kambing golek gemuk camni. Semuanya SEDAP GILERRR! Aku memang sejenis yang tak makan kambing sebab pernah terkena makan kambing pastu bau kambing menusuk kuat gila. Sejak kejadian tu tak berani dah makan kambing. Tapi haritu saja try makan ya tohan sedapnya masyaAllah! Sejuta kali dok ulang alik meja kambing. Kejap-kejap tambah sos, kejap-kejap tambah kambing. BBQ sos dia memang sos paling sedap everrr. Masa dah habis majlis memang ramailah mintak contact number diorang. Puas hati!
















Disebabkan kampung nenek takde kumpulan marhaban, jadi cuma ada bacaan doa daripada tok imam kampung sambil dukung Nedzrin keliling tetamu sebanyak tiga kali. Sambil-sambil tu lumur bunga rampai atas kepala dia.


Tok imam ni dulu yang mengajar aku mengaji sampai boleh khatam darjah tiga. Dulu kecik-kecik aku selalu ikut nenek balik kampung masa bulan puasa. Nenek aku dengan tok imam nilah yang gilir-gilir ajar aku mengaji. Dah besar ni dia pulak yang ketuakan majlis aqiqah untuk Nedzrin :')





Kaunter makanan utama.


Kaunter kambing. Eh tak tak, bukan itu maksudnya. It's kaunter hidangan kambing.


Kaunter desserts. Nampak tak puding yang glowing tuuu. Siapa lagi yang terer buat macam tu kalau bukan mak kittewww.



Seterusnya adalah gambar di sekitar pelamin berendoi untuk bayi yang dah besar godang padahal baru 10 bulan ini.

Nampak macam pemalu je tuuu ...



Okay tak pemalu rupanya T _ T




Apa? Takleh makan kambing? Baiklah, I makan besi je k.






Nape control comel ni?!!














Nedzrin taknak layan mummy dia mintak cium. Depan-depan kena reject. Pedih hati ini eh over.

Jadi anak yang paling mendengar kata, terang hati, taat dan soleh, wahai Nedzrin Muhammad mummy daddy. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Aminnn.


Thanks for reading xx

No comments :

Post a Comment