August 4, 2016

Mengemop Dengan Mudah Menggunakan Benda Ini. Serious Senang!

August 4, 2016
Sejak kebelakangan ni aktiviti-aktiviti pembersihan rumah dah tak serancak dulu. Dulu kalau boleh setiap sudut nak letak perfume Ambi Pur dan setkan penyemburan setiap lima minit sebab nak rumah sentiasa segar bugar. Cadar katil pun kengkadang tu kalau datang semangat rajin mesti gatal tangan nak ganti selang sehari (sebab suka bau cadar wangi jadi boleh tidur lebih lama wakaka). 


Tapi sejak Nedzrin semakin lasak dan selalu nak perhatian lebih dan kadang tu sampai terlalu melebih-lebih, banyak kerja rumah yang tertangguh. Yang sesaja-saja tangguh pun ada jugak. Contohnya macam lipat baju. I mean, siapa je yang suka lipat baju kau cakap kat aku skang. Eh emo lak.


Jadi sekarang ni memang tengah dalam misi mencari barang-barang keperluan rumah yang paling senang nak guna, kurang penat dan boleh jimatkan masa at the same time. Kalau ada orang jual pinggan mangkuk canggih yang bolehkan kita habis makan within five minutes pun aku rasa aku akan beli sebab sekarang nak makan sesuap nasik pun terkejar-kejar T _ T 




Easy Clean Microfiber Spray Mop Floor Care 





Hellooo idea siapa yang power sangat cipta mop macamni?!! 


Paham tak konsep mop ni korang cuma kena spray-spray je pastu mop. TAKYAH BALDI, TAKYAH NAK ANGKAT BERAT-BERAT SEMUA TAKYAH. Silalah percaya (para ibu boleh bersorak sekarang jangan malu).



Langkah pertama. Isi pencuci lantai dalam botol yang telah di-attached together dengan batang mop ni.







Langkah kedua. Spray pencuci lantai dengan hanya menekan pemicit seperti dalam gambar. (Kenapa kedengaran seperti promoter Tesco?)





Pastu dah boleh mop sewenang-wenangnya! Senang ke tak?!!



Dah lah kain mop tu korang boleh cabut pastu basuh anytime sebab dia lekat guna strap tu je. Takyah susah-susah perah. Bilas-bilas pastu jemur * nangis kegembiraan sebab takyah perah mop dah :') *


Nedzrin yang baru merangkak ni pun boleh guna tau. HAHAHAHA. Motif sangat anak aku posing dengan batang mop dah ngape ngko T _ T



Mop power ni korang boleh beli dekat LAZADA. Ada banyak jenis mop yang macam mop power ni dekat situ. Harga lain-lain. Yang macam aku punya ni RM 41.60 including postage tapi kualiti bagus sangat. Tak kisahlah korang nak pilih yang mana janji senang mop dan takyah angkut baldi dah.



Mohon lepas ni ada mesin untuk lipat baju pulak.



Thanks for reading dan selamat mengemop!



No comments :

Post a Comment