September 7, 2016

Nedzrin Muhammad, Sambutan Hari Jadi Pertama

September 7, 2016
Kalau ikutkan kata doktor masa kat Hospital Pantai dulu, dia setkan date untuk aku czer sama ada 31 Ogos or 1 September last year. Dia bagi masa seminggu untuk aku pilih date yang aku berkenan. Tapi dua-dua date pun aku tak berkenan sebab aku taknak czer punya pasal huhu -_-"


Jadi kalau ikutkan kronologi, kalau aku pilih czer, birthday Nedzrin maybe akan jatuh pada hari merdeka. Lahir-lahir je terus bedung dengan bendera sebab patriotik tak kena tempat LOL.


Dan maybe birthday Nedzrin boleh jatuh pada 1 September sebab air ketuban aku dah pecah time subuh tu. Pukul 4 petang tu sepatutnya aku dah bertarung dalam labor room untuk bersalin. Tapi sebab labor room penuh dan nurse lupa nak book bilik untuk aku, jadi aku dah terbazir masa 4 jam untuk itu. Tepat 1.10 pagi 2 September 2015 barulah Nedzrin selamat keluar daripada perut (itupun lepas sangkut 10 - 15 mins camtu).


Kalau ikutkan aku, dari 31 Ogos sampailah 2 September tu those were the dates yang aku consider sebagai birthday Nedzrin. Ketiga-tiga tarikh tu dia 'boleh' dilahirkan. Jadi nak pilih tarikh mana untuk celebrate birthday nanti?


Of courselah pilih tarikh cuti. Tahun ni 2 September tak jatuh pada hari cuti, jadi marilah celebrate birthday anak pada 31 Ogos 2016 ...



Design photo frames design sendiri. Memang awal-awal dah pilih crown untuk jadi salah satu props utama sebab nak bagi anak nampak gagah masa birthday nanti. 


Salah rupanya. Bila pakai crown dia jadi makin manja.




Gambar contoh birthday cake idaman. Tengah-tengah malam buta whatsapp si pembuat kek cakap nak kek camni untuk anak, dia iye kan je. Panjang lebar explain takut salah paham.


Dan alhamdulillah dia tak salah paham hahahaha. Suruh dia tukar itik jadi crown sebab anak lelaki dan crown tak dapat dipisahkan.



Family paling bertungkus lumus masa hari kejadian. Kakak ipar siapa yang baik sangat tu tengah sarat pregnant pun siap sinsing lengan baju turun padang :')



Terima kasih abang sebab sanggup berpeluh mengadap asap petang tu!



Nedzrin's mak angkat, Kak Teera. Awal-awal dah panggil Nedzrin as Chuck :')

Pakcik-pakcik Nedzrin.


Yang tengah bukak botol Twister tu (Sapey) tak habis-habis puji bihun goreng makcik yang aku order kat kedai depan tu. Menyesal tak cakap aku yang masak wakakaka. Lama tak jumpa, last-last nak pindah dok Sarawak dah next month.

Walaupun nampak kecik je di sebalik belon, si Jema ni dah nak bersalin sebenarnya. Perut je besar, badan kecik. Untunglahhhhhh *derma lemak*

Raisya! Anak Melati Melat Selat Tebrau. Comel betul. Nampak sangat tak ikut muka mak dia LOLOLOL jokinggg.

Antara tetamu yang sempat dijemput. Sebab majlis pun kecik-kecik je, jadi tak dapat nak jemput semua. Harap next time boleh jemput ramai lagi, insyaAllah.

Gambar family. Time ni suruh acah-acah candid. Oh macamni rupanya memasing candid T_T




Dapat jugak captured moment potong kek ni setelah berhempas pulas hahahaha. Thank you Paeh!



Happy first birthday, Nedzrin Muhammad! Mummy Daddy doakan yang baik-baik je untuk sayang, okay? Esok lusa kita pergi trim rambut tu sikit tau. Over sangat mummy tengok.


Please doakan yang baik-baik untuk dia ya!



Thanks for reading xx


No comments :

Post a Comment