October 25, 2016

Wiko Ufeel Lite: Smartphone Terbaik Pada Harga Mampu Milik!

October 25, 2016
Walaupun dah lama bekerja sendiri, tapi aku tak pernah terlintas nak ada sampai dua tiga handphones untuk asingkan handphone kegunaan personal atau bisnes. Semuanya aku sumbat dalam satu handphone je. Itulah handphone aku whatsapp mak aku, itulah handphone aku guna untuk reply customers dan itulah jugak handphone yang aku guna bila anak aku request pasangkan 'Elmo's World' dia.

Jadi, untuk kelihatan lebih organize (dan sebelum handphone kau hang), let's get yourself an extra smartphone dengan harga yang berpatutan tapi best. Eh, ada ke smartphone macam tu?


"In Wiko, there are people, stories and ideas that make each phone a unique product, designed and created to satisfy all of us." - Wiko Story.

Ada rupanya. It's Wiko Ufeel Lite from Wiko!

Nama Wiko agak asing di Malaysia sebab Wiko baru saja memasuki pasaran di sini. Oh, patutlah. Kalau dekat Eropah, jenama smartphone Wiko ni memang dah terkenal dah dekat sana. Walaupun baru 5 tahun, Wiko telah berjaya menempatkan diri dalam senarai Top 5 dalam pasaran smartphone Eropah wow wow wow hebatnya! 


5" IPS HD screen dengan 1280 x 720 resolution.

Masa mula-mula test smartphone ni aku dah teruja dah sebab dah lah screen besar, HD pulak tu. Memang syoklah kalau nak online ke apa sebab rasa macam guna laptop, clear betul. Nak-nak pulak aku ni rabun, so memang aku memerlukan smartphone yang jelas dan besar macam ni supaya senang aku nak buat kerja. 


5 fingerprints untuk 5 aksi!

Faham tak 5 fingerprints untuk 5 aksi tu macamana? Contohnya macam ibu jari untuk bukak Facebook, jari telunjuk untuk bukak email, ibu jari belah kiri untuk telefon mak ayah ke. Awesome gila! Selalu kuih je kita main tunjuk-tunjuk guna jari ni, tapi sekarang smartphone pun dah boleh main tunjuk-tunjuk dah. LOL. 

8 MP (back camera) dan 5 MP (front camera) with flash.

Salah satu kriteria yang perlu ada bagi sesebuah smartphone mestilah cameranya yang bagus. I'm quite impressed dengan kualiti gambar yang dihasilkan oleh smartphone ini. Tengoklah hasil gambar bunga yang aku tangkap macam dalam gambar tu, macam pro! Dah lah front camera ada flash, takyah susah-susah nak kena beli cover smartphone yang ada LED light kat tepi-tepi tu bila nak selfie. Guna flash je chuolls!

Suka finishing sandstone macam ni, nampak ekslusif sangat.

Acah-acah businesswoman bisnes juta-juta sangat bila guna smartphone ni. *over* 

Antara fungsi lain yang best:

  • Menggunakan prosessor Quad Core 1.3GHZ, sangat laju!
  • Merupakan Android Marshmallow 6.0 (UI sentiasa dikemaskini)
  • 4G LTE untuk kelajuan internet paling maksimum
  • Dual Sim untuk korang yang guna lebih daripada satu nombor (takyah beli extra phone)

Selalunya kalau smartphone yang offers good functions mesti harga over sangat dan kita hanya mampu tengok je, kan? Percaya tak kalau aku cakap yang Wiko Ufeel Lite ni cuma RM 569 (termasuk GST)! So affordable! Saja je letak harga di perenggan terakhir sebab nak bagi korang teruja di akhir cerita ekekeke. 

For more details, boleh checkout their official website WIKO MOBILE dan LIKE FACEBOOK WIKO MOBILE untuk sebarang updates terkini.

Thanks for reading xx

No comments :

Post a Comment